awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekayaan Shah Rukh Khan dianggar RM3.15 bilion, makan di rumah serta tidak boros jadi amalan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/07/2021
10:22 MYT
Kekayaan Shah Rukh Khan dianggar RM3.15 bilion, makan di rumah serta tidak boros jadi amalan
Popular dengan jolokan The King of Bollywood, Shah Rukh Khan telah terlibat dalam sekurang-kurang 75 filem Hindi pelbagai genre. - Gambar Instagram
SEBUT sahaja filem Kuch Kuch Hota Hai - dalam fikiran pengemar filem Hindustan pasti tergambar wajah bintang filem tersohor, Datuk Shah Rukh Khan.
Popular dengan jolokan “The King of Bollywood”, pelakon berusia 56 tahun itu telah terlibat dalam sekurang-kurang 75 filem Hindi pelbagai genre.
Maka, ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila hero filem Dilwale itu dikatakan antara pelakon paling berjaya di India dalam sejarah industri perfileman Bollywood.
Malah, statusnya sebagai bintang filem terkenal bukan pengukur untuk dia ‘mendabik dada’ dan menunjukkan kemewahan.
Media antarabangsa Gulf News melaporkan Khan sering mengamalkan kehidupan biasa dan lebih gemar makan di rumah.
Suami kepada Gauri Khan itu juga digambarkan tidak suka menghabiskan duit terhadap perkara tidak penting.
Terbaharu, Khan yang memulakan kerjayanya pada lewat 1980-an disenaraikan sebagai antara individu paling kaya di India.
Penerbit dan pengacara itu memiliki kekayaan terkumpul sebanyak AS$750 juta (RM3.15 bilion).
Selain itu, rumah mewah Khan yang terletak di Mumbai turut menjadi perhatian sejak muncul dalam filem Yes Boss pada 1997.
Rumah yang dihiasi lampu candelier kristal dan perabot mewah itu terletak dalam kawasan paling mahal di Mumbai yang bernilai AS$27 juta (RM113 juta).
Isterinya, Gauri memaklumkan kepada Vogue India, mereka sekeluarga mengambil masa lebih 10 tahun untuk mereka semula dan mengubah usai rumah tersebut.
Khan yang mendirikan rumah tangga dengan Gauri pada pada 25 Oktober 1991 dikurniakan tiga cahaya mata.
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#Bollywood
#filem
#India
#Kuch Kuch Hota Hai
#The King of Bollywood
#Dilwale
#Gauri Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan