HIBURAN
Keluang Man muncul di tengah Bukit Bintang, cetus keterujaan peminat

Peminat cilik turut tidak melepaskan peluang bergambar dengan adiwira tempatan yang mencetuskan fenomena pada era 90-an dahulu. -Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Kehadiran adiwira ikonik tempatan Keluang Man secara mengejut di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang mencetuskan suasana gamat dan penuh keterujaan dalam kalangan orang ramai.
Ringkasan AI
- Kehadiran maskot Keluang Man di Bukit Bintang sempena promosi filem aksi nyata mencetus keterujaan ramai, termasuk pelancong dan peminat lama siri animasi tersebut.
- Ramai pengunjung berkongsi rasa nostalgia dan gembira dapat bertemu watak kegemaran mereka secara langsung, serta berharap filem ini dapat mengangkat karya tempatan ke peringkat antarabangsa.
- Filem *Keluang Man* arahan Anwari Ashraf, yang mula ditayangkan pada 29 Mei 2025, menggabungkan elemen nostalgia dengan sinematografi moden dan disambut positif oleh peminat tempatan.
"Baru balik kerja, jadi dapat juga hilangkan stress bila dapat tengok depan mata,” kata Siti Nurzakiah Mohd Salihin, yang tidak menyangka dapat bertemu watak kegemarannya secara langsung.
Beliau turut berharap agar filem ini mampu mengangkat karya tempatan ke peringkat antarabangsa.
“Kita harapkan filem keluaran Malaysia ini dapat bersaing sama taraf dengan filem-filem antarabangsa yang lain.”
Bagi Anas Alif pula, kehadiran Keluang Man dalam versi aksi nyata membangkitkan rasa syukur dan nostalgia.
“Syukur alhamdulillah gembira sebab saya tengok Keluang Man dari zaman saya kecil lagi, dari zaman belajar sampai sekarang. Saya ada tengok trailer dalam YouTube, memang terbaik,” ujarnya penuh semangat.
Sementara itu, Amirul Norman menyifatkan filem ini sebagai langkah permulaan bagi kebangkitan semula adiwira animasi tempatan.
“Seronok sebab saya kecil-kecil dulu selalu tengok dekat TV, cerita ni macam uish… dapat tengok depan mata teruja juga lah,” katanya.
“Plan nak tengok minggu depan, harapan memang tinggi sebab kita memang minat sejak kecil. Dulu kartun, sekarang aksi nyata, memang tinggi la harapan.”
Filem Keluang Man arahan Anwari Ashraf mengangkat semula watak legenda kartun Malaysia ke layar perak dalam bentuk aksi hidup, menggabungkan elemen nostalgia dengan sinematografi moden.
Filem ini mula ditayangkan pada 29 Mei lalu, dan masih rancak menghiasi pawagam di seluruh negara.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana Keluang Man yang kini kembali namun lebih nyata di layar perak. - Gambar Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami