Keluarga Allahyarham Datuk Mustapha Maarof menyangkal khabar angin yang mendakwa mereka sepakat menghentikan sokongan alat bantuan pernafasan ketika keadaan Allahyarham berada di tahap kritikal.
Khabar angin yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp itu dinafikan oleh anaknya, Mohd Rezainudden, 38.
“Kami adik-beradik terkejut apabila ramai bertanyakan mengenai perkara berkenaan. Malah ada yang marah dengan kami, padahal perkara itu tidak benar.
"Saya mewakili ahli keluarga yang lain menafikan sekeras-kerasnya khabar angin tersebut.
"Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir dengan mudah pada jam 8:38 pagi tadi,” jelas Rezainudden yang merupakan anak bongsu Allahyarham Mustapha.
Rezainudden memohon agar segala persoalan boleh diajukan terus kepadanya dan bukan mempercayai bulat-bulat khabar yang tidak tepat.
Menceritakan mengenai tahap kesihatan Allahyarham, Rezainudden berkata, bapanya mula mengalami komplikasi paru-paru sebulan yang lalu.
“Pada mulanya, ayah berada dalam keadaan sihat, sehinggalah sebulan yang lalu dia mengadu sakit dada.
“Bila kami lihat batuknya tak berhenti, kita terus bawa arwah untuk menerima rawatan sehinggalah arwah terpaksa dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
“Di sana, keadaan arwah ayah semakin kritikal sehingga dadanya terpaksa ditebuk.
“Pada hari ke 12 di unit kecemasan iaitu hari ini, arwah menghembuskan nafas terakhirnya,” cerita Rezainudden.
Rezainudden turut berkongsi amanat dan pesanan terakhir Allahyarham kepada dia dan adik-beradik yang lain.
“Pinta ayah agar kami jaga rumah peninggalannya di Subang Jaya, dan ketika dia mula sakit ada dia berpesan beberapa kali agar disemadikan bersebelahan kubur mak.
“Alhamdulillah, permintaan arwah yang terakhir itu kami dapat tunaikan dan kami adik-beradik akan menjaga rumah itu sebaik-baiknya,” kata Rezainudden.
Allahyarham Mustapha dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu susulan mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan ke Wangsa Maju.
Dilahirkan pada 1 Januari 1935, hero legenda ini cukup terkenal dengan lakonannya sebagai tonggak utama di dalam filem “Bawang Putih Bawang Merah”, “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang”, “Naga Tasik Chini”, “Detik 12 Malam”, “Keris Sempena Riau”, “Sumpah Pontianak” dan banyak lagi.
Isterinya, Allahyarham Roseyatimah telah terlebih dahulu pulang ke rahmatullah pada 14 Disember 1987.
Allahyarham Mustapha Maarof, 79, meninggalkan tiga anak dan tujuh orang cucu.
Kehilangan Allahyarham turut dirasai rakan taulan dan sanak saudaranya yang lain.
Antara penggiat seni yang dilihat hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Baharuddin Omar, Datuk Yusof Haslam, Sofea Jane, Vanida Imran, Hail Amir, dan Uji Rashid.
Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang pada jam 2.40 petang tadi bersebelahan pusara isterinya.
Azyyati Ahmad
Mon Dec 15 2014
Mohd Rezainudden menyiram air mawar di pusara bapanya sambil diperhatikan kakaknya, Azlynna. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Belasungkawa: Siti Zaharah Sulaiman pemimpin wanita disegani
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman antara pemimpin wanita disegani dalam pentadbiran negara dan politik.
Noor Farida bekas duta besar ke Belanda cukup dikenali ketokohannya
Arwah pernah dilantik sebagai Ejen Bersama Malaysia bagi kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague.
Perjalanan terakhir : Ebrahim Raisi dikebumi di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis dengan ribuan rakyat mengiringi perjalanan akhir pemimpin kesayangan.
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
'Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah' - Haiza Hanafi
Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah, rajin berkongsi rezeki serta ilmu sehingga membentuk kerjaya Haiza dalam dunia pengacaraan haiza pada hari ini.
Belasungkawa: Berpulangnya penyanyi berhati mulia Rohana Jalil
Kehilangan yang cukup besar dalam industri seni.
Pengasas Public Bank, Teh Hong Piow meninggal dunia
Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.
[BELASUNGKAWA] Selamat jalan Pak Hamid, terima kasih atas kebaikan yang ditaburkan...
Takdir telah menentukan seniman Hamid Gurkha dihadirkan kepada untuk mengisi kekosongan dalam diri sebahagian besar daripada kita.
Belasungkawa 'arkitek pembangunan ITM' Tun Arshad Ayub
Arshad dilantik sebagai Pro-Canselor UiTM setelah bersara daripada perkhidmatan awam selepas berkhidmat selama 32 tahun.
Taib Mahmud kenang detik 'lamar' mendiang Masing, gembira dapat berkhidmat bersama
Masing seorang yang jujur dan saya gembira kerana berpeluang bekerja dengannya sebagai salah seorang menteri di bawah pentadbiran saya.