Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kehidupan seniwati popular Bollywood, Deepika Padukone hampir musnah akibat kemurungan.
Bercakap dalam satu rancangan televisyen baru-baru ini, seniwati berusia 29 tahun itu menceritakan pengalamannya bergelut dengan kemurungan dan bagaimana beliau terpaska mendepani keperitan akibat publisiti negatif, untuk terus mengukir nama dalam industri perfileman India.
Walaupun tidak ramai yang sanggup mendedahkan bahawa mereka pernah menghidap kemurungan, namun bintang pujaan berjuta-juta penonton ini secara terbuka menceritakan keperitan dan trauma yang dialaminya akibat menjadi mangsa gejala itu, termasuk terpaksa mengurungkan diri di dalam bilik air serta menangis berjam-jam lamanya.
Menurut pelakon glamour ini, ketika terjaga dari tidur suatu hari pada tahun lepas, kehampaan menyelubungi jiwanya, perutnya terasa memulas dan hidupnya terasa seperti tidak bererti.
"Saya tidak tahu ke mana hendak dituju, apa yang patut dilakukan, hati berasa amat kecewa dan mula menangis tanpa henti," katanya dalam satu rancangan bual bicara dalam program 'Barkha Dutt' terbitan NDTV.
Rancangan itu membicarkan tentang statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan bahawa rakyat India paling banyak menderita akibat kemurungan - sejenis gangguan mental yang disifatkan sebagai pembunuh senyap - hingga mendorong kira-kira 100,000 orang membunuh diri setiap tahun.
Satu kajian baru-baru ini menunjukkan perbuatan membunuh diri paling tinggi di dunia adalah melibatkan mereka berusia 15 hingga 29 tahun.
Pengalaman pahit yang dialaminya mendorong Deepika menubuhkan 'Live Love Laugh Foundation' untuk membantu mereka yang menderita akibat masalah itu.
Deepika, anak kepada lagenda badminton India, Prakash Padukone, juga mendedahkan, ada ketikanya, beliau berasa berat untuk meninggalkan katil kerana ingin terus tidur sebagai suatu cara untuk melarikan diri daripada masalah yang dialaminya.
Menurut pelakon itu, di India, setiap tahun, seorang daripada setiap empat penduduk negara ini mengalami kemurungan dan berbeza dengan masalah kesihatan lain, kemurungan tidak menunjukkan sebarang simptom fizikal.
"Biasalah, jika seseorang itu mengalami sakit perut, kencing manis atau sakit kepala, orang dengan mudah boleh menerimanya...tapi, anehnya, apabila melibatkan mental, orang akan kata, 'tidak, tidak', segalanya akan hilang dan ada pula yang menepuk bahu anda dan berkata, ini tak ada apa-apa.
"Banyak orang yang dengan rela hati berusaha untuk mendapatkan bantuan, tetapi keluarga terdekat dan rakan-rakan pulalah yang seakan-akan menghalang mereka dengan berkata, 'jangan, jangan, usahlah pergi berjumpa doktor kerana orang tak pernah berbuat begitu, nanti apa pula kata orang," jelas Deepika.
Oleh itu, beliau menggesa mereka yang mengalami kemurungan serta anggota masyarakat supaya membuang stigma sosial yang menyelubungi mangsa penyakit itu dan menasihati mereka supaya mendapatkan bantuan perubatan.
Deepika melakar nama sebagai antara seniwati tersohor Bollywood setelah memegang watak utama dalam filem 'Yeh Deewani' dan 'Chennai Express'.
Kedua-dua filem itu adalah antara filem Bollywood yang mendapat hasil kutipan paling tinggi di pawagam.
Seniwati ini mengalirkan air mata ketika menceritakan tentang gosip yang berlegar dalam industri filem mengenai kemurungan yang dialaminya.
Justeru, beliau meminta semua pihak supaya bersikap lebih peka dan tidak terus menganggap seseorang itu dihinggapi kemurungan, tanpa terlebih dahulu mendapatkan pengesahan mengenainya.
"Saya rasa, kita perlu bersikap lebih peka tentang cara kita menulis tentang perkara ini," kata Deepika, yang tidak dapat menahan air matanya ketika muncul dalam rancangan itu.
Pelakon itu berkata beliau berkongsi kisah itu dengan orang ramai kerana tidak mahu orang lain juga menderita dalam senyap.
Bernama
Sun Mar 22 2015
Deepika, anak kepada lagenda badminton India, Prakash Padukone, juga mendedahkan, ada ketikanya, beliau berasa berat untuk meninggalkan katil kerana ingin terus tidur - Foto AFP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bintang Bollywood Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut cahaya mata pertama
Deepika sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Februari lalu.
Deepika Padukone, Ranveer Singh teruja sambut bayi sulung
Pasangan Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh dilaporkan semakin teruja bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka.
Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.
Rumah tangga didakwa bakal musnah, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan pamer keharmonian
Keharmonian rumah tangga pasangan tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.
Bakal blockbuster! Sunny Deol jadi hero filem terbaharu Aamir Khan 'Lahore 1947'
Peminat menyifatkan kerjasama yang terjalin akan membuat filem tersebut menjadi karya pecah panggung.
Shah Rukh Khan lakukan pembedahan hidung di Amerika Syarikat
Shah Rukh Khan dikatakan telah mengalami kemalangan sewaktu terbabit dalam sebuah projek yang dijalankan di Los Angeles.
Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial
Pesohor Bollywood, Kajol membuat kejutan kepada warganet dan peminat apabila mengumumkan berehat daripada dunia media sosial.
Sangkut dalam kesesakan, Amitabh Bachchan tumpang motor ke set penggambaran
Salah seorang pesohor yang tidak terlepas daripada masalah kesesakan jalan raya adalah Amitabh Bachchan.
Deepika Padukone ajak pasangan muda ikut petua perkahwinan orang lama
Aktres Bollywood, Deepika Padukone baru muncul sebagai wajah sampul majalah berprestij Time yang mengiktirafnya sebagai Global Star.
Filem baharu Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan tak laku
Filem terkini Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan dilaporkan tidak mencapai sasaran atau kutipan pecah panggung meski ia turut dibintangi oleh ramai pelakon gred A Bollywood.