awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLPAC kekurangan dana

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2012
03:31 MYT
KLPAC kekurangan dana
Memerlukan anggaran RM3 juta setahun Kuala Lumpur Performing Arts Centre atau KLPAC mendakwa berdepan dengan krisis kekurangan dana.
Masalah yang dihadapi panggung seni persembahan itu sebenarnya dikatakan berlarutan sejak tahun 2008.
KLPAC yang terletak di Sentul telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu.
Bergantung kepada badan korporat untuk membantu, keadaan ekonomi yang kurang stabil merencatkan tajaan.
Pengarahnya, Joe Hasham berkata, KLPAC memerlukan dana sebanyak RM3 juta.
“Kami memerlukan sekitar RM3 juta setahun. Bil elektrik sahaja menelan kos RM40,000 sebulan dan sekurang-kurangnya RM420,000 setahun. Kami mempunyai sektiar 40 pekerja dan itu memerlukan satu perbelanjaan juga,” kata Joe.
Penerbit Eksekutif KLPAC, Datuk Faridah Merican pula berkata: “Juga perlu diingatkan bahawa RM3 juta itu tidak termasuk kos produksi. Kami perlu mencari duit untuk kos produksi.”
“Masalah yang kita bercerita sekarang bukan satu perkara baru dan masih berterusan. Kami telah berjimat cermat dengan mengurangkan pekerja sehinggakan merayu untuk mendapatkan wang,” tambah Faridah.
Mungkin ramai yang beranggapan jualan tiket menjadi sumber kewangan utama sesebuah pementasan.
Hakikatnya, pementasan tanpa tajaan berdepan dengan risiko kerugian.
Bagaimanapun, KLPAC tidak berhasrat untuk menaikkan harga tiket.
Menurut Faridah, harga tiket yang ditawarkan mereka adalah berpatutan dan tidak banyak perkara boleh diselesaikan.
“Wang jualan tiket merupakan gaji untuk pelakon. Ia merangkumi 50 peratus daripada jualan. Manakala selebihnya digunakan untuk membayar lokasi, set, air dan publisiti. Jadi, apa lagi yang tinggal selepas bayaran itu semua?” Kata faridah.
Tidak mahu menghentikan operasi, sebuah majlis makan malam bakal dianjurkan untuk menampung kekurangan KLPAC.
"Arts Gala Fundraiser 2012" akan diadakan pada 22 dan 23 Disember ini dimana harga tiket dijual di antara RM100 hingga RM1000 dengan sasaran kutipan RM500 ribu.
Menurut Joe Hasham mereka telah bertahan selama tujuh tahun dan untuk tiga tahun pertama mereka telah mendapat tajaan korporat.
Walaubagaimanapun, menurut Faridah, tajaan itu tidak bertahan lama tetapi mereka tidak pernah terfikir untuk berhenti daripada beroperasi.
Joe menambah: “Kami mahukan bantuan dana untuk memudahkan operasi kami. Ia bukan soal menutup operasi, tetapi mampu untuk meneruskan apa yang kami lakukan.”
Topic Berkaitan
#Datuk Faridah Merican
#Joe Hasham
#kekurangan dana
#KLPac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan