KONSERT anjuran Mega Eve Sdn Bhd yang membariskan penyanyi dari Indonesia iaitu Datuk Seri Rossa dan artis tempatan seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan Joe Flizzow bakal berlangsung pada 7 September, 8.30 malam di Stadium Arena Larkin dengan jangkaan kehadiran 6,000 penonton.
Pengarah Tourism Johor Shahril Nizam berkata, pihaknya yakin kehadiran artis ternama dalam dan luar negara akan membawa lebih ramai pelancong dari Indonesia, Singapura, Brunei dan banyak lagi sekali gus meningkatkan sektor pelancongan Johor.
"Kita akan menuju ke 'Tahun Melawat Johor 2026' jadi tahun ini kita telah mulakan gerakan (promosi) itu dan inisiatif konsert ini antara platform untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka.
Sementara itu, Pengarah Projek Aman Ali daripada Mega Eve berkata konsert itu akan menjadi platform mempamerkan budaya tempatan di samping mempromosikan pelbagai tempat daya tarikan Johor dan menggalakkan para pengunjung meneroka tarikan negeri ini seperti makanan, pusat peranginan selain berhibur.
Dalam perkembangan lain, Shahril berkata sektor pelancongan kesihatan di negeri ini dijangka terus meningkat berikutan maklum balas diterima ketika program "Welcome To Johor" selama tiga hari di Grand Batam Mall, baru-baru ini.
"Tourism Johor mengadakan 'Medical Health Tourism' di Batam pada 18 hingga 21 Julai lepas, banyak hospital yang ikut menyertai pavilion kita seperti Regency Hospital, Columbia Hospital, KPJ, Kensington Green Hospital dan banyak lagi," katanya.
Sambutan diterima daripada penduduk Indonesia sangat bagus begitu juga respons pihak hospital yang menyertai program berkenaan juga amat memberangsangkan.
"Tahun 2024 ini kita yakin akan lebih ramai datang ke Johor untuk mendapatkan rawatan kesihatan apatah lagi dengan insfrastruktur pelancongan Johor sedang ditambah baik seperti Zoo Johor. Mereka yang datang bukan sekadar mendapatkan rawatan malah mereka akan turut melancong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
Konsert Divas & Diamonds akal berlangsung pada 7 September, 8.30 malam di Stadium Arena Larkin dengan jangkaan kehadiran 6,000 penonton. - Bernama
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilafairy kongsi pentas dengan legenda Bollywood, Udit Narayan
Kefasihan anak penyanyi Allahyarham Rohana Jalil menyanyi lagu Hindi tarik perhatian penganjur pilih Kilafairy sebagai artis undangan pada Konsert Udit Narayan In KL.
Misha Omar Back to Basic Showcase lebih eksklusif, intim
Penyanyi terkenal, Misha Omar bakal mengadakan persembahan solo eksklusif, Back To Basic Showcase yang bakal berlangsung di Odeum at Jiospace, Petaling Jaya pada 21 Disember depan.
New Boyz berehat seketika, fokus kerjaya peribadi - Tomok
Selepas membuat penampilan semula menerusi beberapa konsert "reunion", kumpulan New Boyz membuat keputusan untuk untuk berehat seketika.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Shila Amin tekad amalkan gaya hidup sihat menjangkau usia emas
Berusia 60 tahun, Shila ternyata masih mampu mendendangkan genre RB, pop mahupun dangdut yang sememangnya bernada rancak.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
Govinda janji persembahan penuh kejutan
Muhammad Irfan berkata, penerimaan positif peminat tempatan menjadi pendorong utama kumpulan itu untuk mengadakan konsert eksklusif itu.
IU nafi beli rumput baharu, tegaskan sudah patuhi manual stadium
IU menegaskan dia telah mengikut manual penyewaan dan penggunaan stadium berkenaan semasa berlangsungnya konsert.
Konsert solo pertama Nora Ariffin selepas tiga dekad
Turut diadakan, segmen khas 'Tribute to Johan Nawawi' sebagai penghormatan kepada Allahyarham sebagai tonggak kejayaan dalam kerjaya Nora.
Alan Walker tunai janji, gegar KL Base 8 Nov ini
Peminat yang sudah mendapatkan tiket konsert sebelum ini tidak perlu mendapatkan tiket baharu.