Konsert khas Ariana Grande berjaya catat 76 juta tontonan di Facebook

Syafique Shuib
Jun 7, 2017 04:12 MYT
Selain Ariana Grande, konsert One Love Manchester menampilkan beberapa nama besar seperti kumpulan Black Eyed Peas. -Gambar: Dave Hogan/AP
KONSERT One Love Manchester iaitu satu konsert bagi memperingati mangsa serangan pengeboman di Manchester Arena berjaya mencatat 76 juta tontonan menerusi Facebook LIVE.
Ia merupakan konsert khas penyanyi pop Amerika Syarikat Ariana Grande selepas konsertnya di Manchester Arena pada Mei dicemari insiden bom yang mengorbankan 22 mangsa.
Konsert besar-besaran ini juga disiarkan di Twitter dan YouTube namun Facebook satu-satunya platform dimana orang ramai boleh menderma.
Lapor portal Forbes, Facebook buat pertama kalinya menerusi acara langsung memperkenalkan satu butang dimana orang ramai boleh menderma kepada mangsa serangan Manchester Arena.
Menerusi ciri ‘Donate Button’, penstriman langsung konsert itu berjaya mengutip $450,000 (RM1.92 juta) yang diderma oleh 22,000 orang dari seluruh dunia.
BACA: Ariana Grande tangguh jelajah konsert di Eropah
Konsert One Love Manchester turut menampilkan Katy Perry, Justin Bieber, Coldplay, Miley Cyrus, Black Eyed Peas dan beberapa nama besar lain.
Lebih dari 50,000 peminat menghadiri konsert itu yang diadakan di Old Trafford Cricket Ground di Greater Manchester pada Ahad lepas.
#Ariana Grande #bom #Facebook #Manchester Arena #One Love Manchester #pentriman langsung #serangan