awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert muzikal Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya mulai 20 Mac

Bernama
Bernama
19/02/2015
02:41 MYT
Konsert muzikal Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya mulai 20 Mac
Tiara memaklumkan bahawa dalam konsert muzikal terbabit, beberapa babak akan dilakonkan di atas pentas secara original seperti di dalam filem, sebagai penghargaan kepada peminat PGL.
Konsert Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) akan berlangsung di Istana Budaya di sini dari 20 hingga 24 Mac depan.
Menurut peneraju konsert, Puan Sri Tiara Jacquelina, konsert PGL yang diberi nama Rebirth of a Legend itu, sepatutnya diadakan dari 27 November hingga 1 Disember tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah kotak suara beliau yang membengkak.
Sehubungan itu, beliau berkata konsert kali ini menjanjikan kelainan dan keistimewaan, termasuk buat julung kalinya mengadakan 'Rock Zone' iaitu ruang berdiri di hadapan pentas yang boleh memuatkan 300 penonton pada satu-satu masa.
"Penonton akan berada di depan pentas dan mereka akan dapat merasakan kemuncak keriangan apabila mereka boleh menyanyi dan berhibur secara dekat dengan watak daripada PGL," katanya pada sidang media pengumuman tarikh konsert itu di sini, hari ini.
Tiara, yang memegang watak Puteri Gunung Ledang berkata tujuh persembahan akan dipentaskan sepanjang lima hari ia berlangsung.
Beliau turut memaklumkan bahawa dalam konsert muzikal terbabit, beberapa babak akan dilakonkan di atas pentas secara original seperti di dalam filem, sebagai penghargaan kepada peminat PGL.
Tiket konsert dijual pada harga RM79, RM129, RM179, RM219, RM259, RM339 dan RM439. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari mwww.Tickethotline.com.my atau www.Ticket2u.biz.
Selain Tiara, watak Hang Tuah akan dibintangi Stephen Rahman Hughes manakala Datuk AC Mizal pula sebagai Gusti Adipati (Raja Majapahit).
Topic Berkaitan
#Istana Budaya
#konsert
#muzikal
#pgl
#Puteri Gunung Ledang
#stephen rahman hughes
#Tiara Jacquelina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan