Ini adalah berita gembira untuk semua peminat 5 Seconds of Summer!
Tiket Kategori 1 ‘Reserved’ akan dijual pada Khamis ini, 19 November 2015 dari pukul 10 pagi di laman web www.prworldwidelive.com, tetapi dengan keluaran tiket yang terhad.
Perkara ini disahkan oleh pihak penganjur, konsert PR Worldwide menerusi satu kenyataan media kepada Astro AWANI, hari ini.
Malah, PR Worldwide juga menafikan khabar angin bahawa tiket untuk konsert itu habis dijual.
Menurut penganjur, walaupun semua Zon Pit, Kategori 1 dan Soundcheck tiket telah habis dijual dalam masa kurang daripada dua jam, tiket Kategori 2 'General Admission’ masih boleh didapati.
Bagi mereka yang masih belum mendapatkan tiket, tiket Kategori 2 ‘General Admission’ boleh ditempah menerusi laman web www.prworldwidelive.com atau boleh dibeli dari kedai-kedai Rock Corner yang terpilih. Senarai kedai tersebut boleh diperoleh di laman web berkenaan.
Sebelum ini, kebanyakan peminat mendesak pihak penganjur untuk menukar lokasi ke kawasan yang lebih besar agar dapat menampung jumlah penonton yang lebih ramai.
Bagaimanapun, PRWorlwide berkata permintaan itu agak mustahil untuk dilakukan kerana sebelum acara konsert itu diumumkan sudah disahkan bahawa tidak ada lokasi lain yang lebih sesuai untuk melangsungkannya.
Tambahnya, tidak ada lokasi lain yang boleh didapati untuk tarikh yang sudah ditetapkan.
Difahamkan, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dipilih berikutan kejayaan konsert, Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"Kami ingin mengesahkan kepada semua peminat bahawa tiket Zon Pit dan Soundcheck adalah terhad dan tidak boleh ditambah walaupun diadakan di lokasi yang lebih besar,” kata Pengarah Urusan PR Worldwide Sdn Bhd, Para R.
Kumpulan band Pop Australia, 5 Seconds of Summer akan mengadakan konsert jelalah 'Sounds Live Feels Live' di Kuala Lumpur, Mac tahun depan.
Kohilah Sekaran
Tue Nov 17 2015
Tiket Kategori 1 Reserved akan dijual pada Khamis ini, 19 November 2015 dari pukul 10 pagi di laman web www.prworldwidelive.com, tetapi dengan keluaran tiket yang terhad.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Konsert #SLFL: Tiket 'RV' dijual semula, tiket terhad
Tiket Kategori 1 Reserved akan dijual pada Khamis ini, 19 November 2015 dari jam 10 pagi di laman web www.prworldwidelive.com, tetapi dengan bilangan tiket yang terhad.