2016 merupakan tahun yang agak sukar bagi dunia hiburan Korea di mana pelbagai cerita dan kontroversi melanda selebriti negara berkenaan.
Nama-nama besar seperti program variasi Running Man, Big Bang, GOT7 dan 2NE1 juga tidak ketinggalan terpalit dengan kontroversi.
Di sini Astro Gempak senaraikan beberapa kontroversi industri hiburan Korea pada tahun 2016:
1) Song Ji Hyo, Kim Jong Kook vs Running Man
Tidak sampai tiga bulan berita Kang Gary mengambil keputusan untuk tinggalkan Running Man bagi memberikan fokus pada kerjaya nyanyiannya Oktober lalu, tiba-tiba peminat dikejutkan lagi dengan berita mengenai Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook.
Pada mulanya mereka dikatakan meninggalkan program berkenaan dengan rela hati namun tidak lama selepas itu pihak pengurusan mereka tersebut mendedahkan dua figura popular itu dipaksa meninggalkan program berkenaan tanpa persetujuan mereka.
Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo telah menjadi ahli tetap Running Man sejak tahun 2010.
2) Running Man punca emosi Song Ji Hyo tak stabil
Emosi bintang Running Man, Song Ji Hyo dilaporkan tidak stabil selepas mendapat tahu mengenai berita dipaksa keluar daripada program berkenaan.
Malah pihak pengurusannya juga memberitahu pelakon itu sering menangis kerana merasa kecewa dengan perkara yang berlaku.
3) Rakam video Yugyeom dalam tandas, peminat GOT7 mengamuk
Tindakan seorang lelaki yang merakam salah seorang ahli kumpulan GOT7, Yugyeom berada di dalam tandas ketika mengadakan konsert di Malaysia pada awal Disember lalu telah mencetuskan kemarahan peminat K-pop seluruh dunia.
Lebih teruk lagi video berdurasi 15 saat itu telah menjadi viral dan peminat mula mengambil tindakan terhadap video berkenaan dengan menggunakan hashtag #RespectGOT7 sehingga menjadi trending worldwide.
4) CL 2NE1 dikecam guna ayat Al -Quran dalam lagu
Bekas anggota kumpulan 2NE1, CL teruk dikecam dan dianggap telah menghina dan mempermainkan ayat suci Al-Quran selepas mempersembahkan lagu berjudul MTBD ketika mengadakan konsert di Los Angeles sekitar November lalu.
Bagaimanapun, CL memohon maaf melalui akaun Twitternya dan menjelaskan dia tidak menyedari lagu yang dihantar untuk konsertnya itu adalah versi lama yang tidak disunting semula.
5) TOP Big Bang muat naik foto buang air besar, cetus perbalahan netizen
Anggota kumpulan Big Bang, TOP dikritik selepas memuatnaik foto ketika sedang duduk di atas mangkuk tandas dengan hastag #poop telah mencetuskan perbalahan di kalangan netizen. Foto itu kemudinnya telah dipadamkan selepas menerima kritikan daripada netizen.
Bagaimanapun menerusi satu program temubual baru-baru ini TOP menjelaskan gambar itu sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan lagu terbaru Big Bang berjudul, Fxxk It.
6) Lee Se Young sentuh alat sulit anggota B1A4 & Infinite
Pelawak Korea, Lee Se Young, dikecam selepas menyentuh bahagian alat sulit anggota kumpulan B1A4 dan Infinite sewaktu mengacarakan program SNL Korea. Dia juga didakwa sengaja menyentuh bahagian tersebut walaupun dengan tujuan bergurau.
Peminat dua kumpulan tersebut berasa kurang senang dengan tindakan itu dan menganggap sebagai gangguan seksual. Se Young kemudiannya tampil memohon maaf menerusi akaun Instagram miliknya.
7) Isteri Uhm Tae Woong gugur, terkejut suami didakwa lakukan serangan seksual
Isteri kepada pelakon Korea, Uhm Tae Woong alami keguguran selepas mendapat tahu mengenai dakwaan suaminya melakukan serangan seksual.
Menurut agensi suaminya, Yoon Hye Jin terkejut apabila mengetahui mengenai berita tersebut pada Ogos lalu dan menjadi semakin kurang sihat kerana tertekan.
8) SinB pengsan, peminat marah dakwa dipaksa kerja lebih masa
November lalu, anggota kumpulan G-Friend, SinB tiba-tiba pengsan ketika membuat persembahan disebuah univeristi bertempat di Jeonju.
Disebabkan kejadian tersebut, peminat mereka berang dan mendakwa agensi kumpulan berkenaan, Source Music tidak menjaga kebajikan artis mereka selain memaksa G-Friend bekerja tanpa rehat.
Gempak
Sat Dec 31 2016
2016 merupakan tahun yang agak sukar bagi dunia hiburan Korea di mana pelbagai cerita dan kontroversi melanda selebriti negara berkenaan. - Gambar Astro GEMPAK
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Kontroversi K-pop sepanjang 2016
2016 merupakan tahun yang agak sukar bagi dunia hiburan Korea di mana pelbagai cerita dan kontroversi melanda selebriti negara berkenaan.