INDIVIDU yang bergelar influencer merupakan seorang individu yang sering kita lihat sebagai satu sumber inspirasi.

Bukan sahaja dari gaya  percakapan malah gaya hidup mereka juga memberi satu dorongan semangat kepada masyarakat terutamanya anak muda masa kini untuk terus berjaya.

Bukan sahaja selebriti namun ada juga yang follow seseorang individu itu kerana mereka pandai memasak, memiliki personaliti menarik dan menawarkan content yang menghiburkan.

Apa sahaja yang dilakukan oleh individu-individu ini pasti menjadi percakapan pengikut mereka di media sosial. Lebih-lebih lagi dalam 'zaman viral', perkara itu cepat disebarkan sekali gus boleh menambah pengikut mereka.

Di sini kami kongsikan siapa antara mereka yang mempunyai pengikut yang ramai di laman Instagram.

Melalui senarai yang dikeluarkan oleh starngage.com  top 1,000 influencers, yang mendahului senarai berkenaan adalah selebriti wanita.

Antara selebriti yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram ialah Amyra Rosli, Hanis Zalikha, Janna Nick, Mira Filzah, dan Neelofa yang mempunyai 8.2 juta pengikut di Instagram.

.

Secara keseluruhannya, kesemua 10 teratas adalah selebriti wanita.

Tiada selebriti lelaki yang berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 10 teratas kerana mengikut senarai, Airel Zafrel, Hairul Azreen dan Awal Ashaari masing-masing berada di tangga ke 11,12, dan 13.

Apa yang lebih menarik ialah Lara Alana, anak kepada Scha Alyahya dan Awal Ashaari merupakan satu-satunya selebriti kanak-kanak yang tersenarai dalam tangga 100 teratas dan berada di tangga 17, meninggalkan Erra Fazira, Jihan Muse dan Wany Hasrita.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula dilihat sebagai wakil tunggal ahli politik yang berjaya tersenarai dalam Top 100 Influencers dengan 1.9 juta pengikut di Instagram.

Pada masa sama, selebriti media sosial, Khairulaming juga tersenarai dan menduduki tempat ke-42 dengan pengikut seramai 2.7 juta pengikut di laman Instagram.

Namun yang menjadi tanda tanya dan pertikaian dalam kalangan netizen, di manakah kedudukan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam senarai ini?

Jika diikutkan penyanyi yang popular dengan lagu Aku Bidadari Syurgamu itu mempunyai pengikut yang ramai di laman Instagram.



** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !