PENCARIAN KLP48 - 1st Generation Audition - I shine from the Heart of Asia bakal berlangsung di Malaysia.
Pencarian itu bertujuan untuk menubuhkan kumpulan wanita sekali gus menyambung legasi kumpulan fenomena dari Jepun, AKB48.
Menurut Pegawai Eksekutif 48 Entertainment Sdn Bhd, Jun Hiraguchi selaku penganjur, projek itu semestinya bakal mencetus fenomena dengan mengetengahkan bakat terbaik dari negara ini.
"Kami amat berbangga kerana dapat melebarkan empayar AKB48, JKT48, TPE48, CGM48 misalnya kini di Malaysia.
"Apa yang kami inginkan daripada KLP48 adalah kualiti sebenar pada gadis-gadis itu.
"Ia bagi menonjolkan bakat semula jadi mereka dengan paling terbaik demi menjadi idola seperti kumpulan wanita yang sudah dicipta sebelum ini," katanya.
Projek itu susulan 48 Entertainment Sdn Bhd yang menandatangani kontrak bersama Superball Co, Ltd.
Ketua Pegawai Eksekutif Nariaki Terada yang menjaga syarikat AKB48 Overseas Sister Groups.
Sudah 18 tahun penubuhannya, jenama AKB48 masih relevan mencetuskan sensasi di negara serantau termasuk Thailand, China, Vietnam, Filipina dan Indonesia kini dalam misi memburu permata baharu di negara ini.
Kumpulan terbabit akan dinamakan sebagai KLP48 di bawah 48 Entertainment Sdn Bhd.
Penyertaan dibuka kepada gadis berusia di antara 13 dan 23 tahun bagi menunjukkan bakat dan kualiti dalam nyanyian serta tarian.
Terdahulu, fenomena dan kejayaan AKB48 turut mendapat pengiktirafan Guinness World Records sebagai Kumpulan Pop Dengan Anggota Teramai Di Dunia terlebih dahulu.
Kemudian jenama itu terus unggul dengan penubuhan kumpulan JKT48 dari Jakarta, Indonesia pada 2011.
Disusuli BNK48 (Bangkok, Thailand, 2017); TPE48 atau kini dikenali sebagai AKB48 Team TP yang ditubuhkan di Taipei, Taiwan pada 2018; MNL48 (Manila, Filipina); AKB48 Team SH (Shanghai, China); dan SGO48 (Ho Chi Minh, Vietnam); CGM48 (Chiang Mai, Thailand) yang ditubuhkan pada 2 Jun 2019 lalu.
Penyertaan untuk pencarian di Malaysia dibuka sejak 19 Februari sehingga 31 Mac. -Gempak
Gempak
Sun Feb 25 2024
Pencarian itu bertujuan untuk menubuhkan kumpulan wanita sekali gus menyambung legasi kumpulan fenomena dari Jepun, AKB48. -Gempak
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Kumpulan popular Jepun AKB48 buru bakat hebat di Malaysia
Pencarian itu bertujuan untuk menubuhkan kumpulan wanita sekali gus menyambung legasi kumpulan fenomena dari Jepun, AKB48.