LAGU malar segar berjudul Bersama Di Hari Raya yang sering dimainkan di radio rupanya dinyanyikan oleh adik-beradik berbangsa India.
Kumpulan yang dikenali sebagai Cenderawasih itu mengeluarkan lagu berkenaan pada tahun 2005 iaitu 19 tahun yang lalu.
Cenderawasih yang ditubuhkan pada tahun 1981 dianggotai oleh Irene dan Helen Savaree.
Mereka bernaung di bawah syarikat rakaman EMI selama tiga tahun dan berjaya meraih populariti tinggi sebagai kumpulan bukan berbangsa Melayu pada ketika itu.
Mereka kemudian mencipta nama melalui lagu Deritamu Deritaku yang dipetik daripada album pertama mereka yang dirakamkan pada tahun 1984.
Sepanjang kerjaya mereka sebagai penyanyi, kumpulan itu telah menghasilkan tiga album Cenderawasih Volume 1 - Sepanjang Perjalanan Ini (1984), Cenderawasih Volume 2 (1985) dan Cenderawasih Vol 3 (1986).
Selepas menamatkan pendidikan muzik mereka di Berklee College of Music di Boston, kumpulan itu dibubarkan dan membawa haluan masing-masing.
Irene telah menubuhkan kolej muzik di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai International College Of Music (ICOM), sementara kakaknya Helen berpindah ke Switzerland bersama suaminya dan mereka menganjurkan acara muzik untuk golongan muda di negara tersebut iaitu Jazzaar Festival.
Selain Cenderawasih, kumpulan muzik paling popular dalam sejarah negara ialah Alleycats yang diasaskan oleh Datuk David Arumugam.
Lagu yang sering diputarkan semasa musim perayaan Aidilfitri ialah Berita Dari Rantau. Ia dikeluarkan pada tahun 2004.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 09 2024
Cenderawasih yang ditubuhkan pada tahun 1981 dianggotai oleh Irene dan Helen Savaree.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Jangan pertikai penerima Dana Kandungan Digital Muzik - Azmeer
Sejumlah 48 individu dan syarikat menerima DKD Muzik yang julung kali diwujudkan berjumlah RM5.54 juta, bagi 54 projek industri muzik.