PERNAH melalui episod duka apabila kehilangan anak tersayang tidak sesekali mematahkan semangat penyanyi Azmi Saat untuk bangkit daripada kesedihan.
Malah Azmi yang juga ahli kumpulan Caliph Busker itu tampil solo dengan lagu "Permataku" yang dicipta khas oleh komposer Ajai buat cahaya mata syurganya.
“Sebenarnya lagu ini sudah ada sebelum anak saya lahir lagi. Saya dan Ajai berbincang untuk merakamkan sebuah lagu sempena kelahiran orang baharu ketika itu.
“Apabila anak hanya sempat melihat dunia seketika sahaja, kami ada berbincang semula mengenai lirik dan sebagainya.
"Daripada perbincangan itulah kami mengubah sedikit hujung lagu ini sebagai ‘tanda’ kehilangan.
“Apa-apa pun lagu ini bukanlah berkisahkan tentang kehilangan anak sahaja. Apa-apa keadaan pun kita boleh kaitkan berdasarkan pemahaman masing-masing,” jelas Azmi.
Bayi lelaki Azmi yang dilahirkan pada 27 September 2021 hanya bertahan selama tiga hari sahaja dan pergi buat selama-lamanya, meninggalkan seribu satu duka kepada mereka suami isteri.
Anak syurga yang diberi nama Khairul Afnan itu merupakan cahaya mata yang dinanti-nantikan selama 10 tahun.
Pun begitu Azmi bersyukur kerana dapat melalui semua proses menyambut kelahiran anak dan merasai detik indah menjadi bapa meskipun seketika.
Dia juga berbesar hati apabila Ahmad Fedtri Yahya menterjemah apa yang telah dirasai dan sedang dilalui menerusi bait-bait lirik yang begitu indah.
“Apabila mendengarkan sahaja lirik tersebut buat kali pertama, saya gembira sebab ia memang merupakan isi hati saya.
"Tak ada sebarang perubahan yang dilakukan kerana saya percaya ini yang terbaik.
“Tapi apabila kami memulakan penggambaran video muzik (MV), pihak produksi ada bertanyakan sama ada boleh mengaitkan gambaran anak atau tidak. Saya okay sahaja memandangkan ini memang idea asal.
“Mungkin mereka risau saya akan bersedih dan sebagainya,” katanya dengan harapan sambutan hangat akan diberikan oleh peminat.
Bercerita mengenai kerjasama dengan Ajai pula, Azmi bersyukur kerana banyak diberikan tunjuk ajar oleh komposer berpengalaman berkenaan sepanjang proses rakaman berlangsung.
“Ini merupakan kerjasama pertama saya dengan Ajai. Memang pada awalnya saya berdebar memandangkan ramai yang menganggap dia garang ketika menjadi juri untuk kebanyakan program TV.
“Tapi bila sudah berjumpa, sangat berbeza. Dia banyak memberikan ilmu baharu kepada saya dan mengajar banyak teknik nyanyian serta memperbetulkan mana yang kurang,” tambah Azmi lagi.
Dilancarkan secara rasmi pada 22 Julai, "Permataku" merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan edaran Indigital Music.
Lagu ini sudah berada di semua platform digital dan MV pula boleh ditonton melalui YouTube saluran Indigital Music mulai jam 3 petang semalam. -Gempak
Gempak
Sun Jul 24 2022
AZMI SAAT: Sebenarnya lagu ini sudah ada sebelum anak saya lahir lagi. Saya dan Ajai berbincang untuk merakamkan sebuah lagu sempena kelahiran orang baharu ketika itu. -Gempak
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
'Lagu ni ada sebelum anak saya lahir lagi' - Azmi Saat ubat rindu dengan Permataku
Azmi tampil solo dengan lagu "Permataku" yang dicipta khas oleh komposer Ajai buat cahaya mata syurganya.
'Setiap hari dia menangis rindukan Afnan' - Duka kehilangan, Azmi Saat mohon doakan isteri
Kini sudah sebulan berlalu dan pemergian Arwah Afnan sentiasa dikenang, apatah lagi perasaan seorang wanita dan isteri.
Anak Azmi Caliph Buskers meninggal dunia, dipinjamkan Allah untuk tiga hari
Sejam lalu, Azmi Saat mengumumkan, bayi sulungnya, Khairul Afnan yang lahir dengan berat 3.3 kilogram itu sudah dijemput oleh Yang Maha Esa.