awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lakukan gangguan seksual, Lee Seo Won disiasat polis

Gempak
Gempak
17/05/2018
10:01 MYT
Lakukan gangguan seksual, Lee Seo Won disiasat polis
Sementara itu, pihak pengurusan Lee Seo Won, Blossom Entertainment mengesahkan perkara itu dan memohon maaf atas insiden yang mengaitkan artis mereka. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON Korea, Lee Seo Won disiasat polis selepas dituduh melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika berada di sebuah kedai makan.
Menerusi laporan Soompi, Lee Seo Won didakwa telah mencium dan melakukan ancaman pada seorang wanita ketika dalam keadaan mabuk.
"Pihak polis Seoul Gwangjin mengesahkan pelakon berusia 21 tahun itu telah didakwa melakukan gangguan seksual pada 8 April lalu dan kini masih dalam siasatan sebelum kesnya dikemukakan kepada pihak pendakwaan.
"Semasa pelakon tersebut sedang minum dengan selebriti wanita, tiba-tiba Lee Seo Won cuba mencium serta melakukan serangan fizikal namun sempat ditolak oleh wanita tersebut.
"Akibat permintaannya ditolak, Lee Seo Won dikatakan berang dengan tindakan wanita itu dan mengancamnya dengan senjata," kata sumber.
Sementara itu, pihak pengurusan Lee Seo Won, Blossom Entertainment mengesahkan perkara itu dan memohon maaf atas insiden yang mengaitkan artis mereka.
"Kami ingin memohon maaf di atas insiden memalukan yang melibatkan pelakon Lee Seo Won yang menjadi perhatian dan kebimbangan ramai.
"Buat masa ini, pelakon Lee Seo Won sedar akan kesilapan yang telah dibuat di mana ianya telah menjadi perhatian ramai dek tindakannya yang memang tidak bermoral itu," kata pihak pengurusan. - Sumber: Soompi/Susunan : Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#Blossom Entertainment
#hiburan
#Korea
#lee seo won
#polis
#serangan
#Soompi
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan