awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawrence Wong bakal ikuti jejak Michelle Yeoh, Henry Golding

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2020
05:27 MYT
Lawrence Wong bakal ikuti jejak Michelle Yeoh, Henry Golding
Lawrence juga kini diangkat menjadi Duta Antarabangsa VIP yang pertama di dunia bagi platform penstriman iQIYI pada 5 Ogos lalu.
SIAPA yang mahu menolak jika diberi peluang untuk melebarkan nama ke peringkat antarabangsa. Lihat sahaja pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh dan aktor Henry Golding yang menempa kemasyhuran yang bukan calang-calang di Hollywood. Begitu juga dengan penyanyi, Yuna yang turut disenangi oleh kelompok peminat muzik di Amerika Syarikat. Bukan mereka sahaja, pelakon, Bront Palare juga dilihat antara artis yang berjaya mencuri hati peminat filem Indonesia sama seperti penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dan kini, tumpuan juga harus diberikan kepada pelakon, Lawrence Wong yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila lakonannya dalam drama Story of Yanxi Palace antara yang menjadi sebutan dalam peminat seni. Barangkali, ramai yang tidak sedar, drama 70 episod yang disiarkan pada 2018 itu telah ditonton lebih daripada 15 bilion kali di platform digital iQIYI. Drama berkenaan juga dipasarkan ke lebih 70 buah negara di seluruh dunia sekali gus menjadi fenomena selain menempa rekod sebagai siri blockbuster yang paling ditonton dalam masa 40 hari berturut sewaktu tayangan dan menerima 700 juta tontonan setiap hari pada satu masa. Bahkan, sewaktu Story of Yanxi Palace ditayangkan, jumlah pengikut akaun media sosial Weibo milik Lawrence turut naik mendadak dari 600,000 kepada lebih daripada tiga juta. Sebelum ini nama Lawrence terkenal dalam kalangan peminat di rantau Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Singapura sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke China pada tahun 2016. Ekoran kejayaan drama berkenaan, Lawrence yang mengecap populariti di negara China merupakan antara aktor yang sedang diperkatakan. Sebetulnya, Lawrence boleh disifatkan sangat bertuah kerana perjalanannya dalam drama tersebut sangat mudah. "Saya diperkenalkan oleh pihak syarikat pengurusan saya kepada produser drama tersebut dan saya fikir beliau sukakan apa yang dilihat dalam diri saya. "Beliau kemudian menawarkan saya watak dalam drama tersebut," ujar anak kelahiran Johor Bahru ini berkongsi sejarah perjalanan membawakan watak Hai Lancha. Dalam masa sama, Lawrence mengakui, sebetulnya bukan mudah untuk dia mencapai kedudukan yang diperolehnya sekarang terutamanya untuk berada dalam pasaran hiburan China. Selain persaingan yang sengit kerana ramai selebriti yang berbakat dan berwajah tampan, namun Lawrence berpendapat, dia muncul pada waktu yang tepat dan disertai nasib yang baik. Bukan itu sahaja, drama lakonanya turut mencapai tontonan yang ramai daripada peminat drama Hong Kong, Malaysia, Taiwan dan Vietnam. Terbaharu, Lawrence sedang menjalani penggambaran filem terbaru untuk iQIYI di Johor Bahru yang berjudul The Ferryman: Legends of Nanyang terbitan asal iQIYI pertama yang difilemkan untuk pasaran Asia Tenggara. Lawrence juga kini diangkat menjadi Duta Antarabangsa VIP yang pertama di dunia bagi platform penstriman iQIYI pada 5 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#Lawrence Wong
#Indonesia
#China
#Hong Kong
#Yuna
#Siti Nurhaliza
#Malaysia
#filem
#hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan