awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda reggae dunia, Jimmy Cliff meninggal dunia pada usia 81 tahun

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2025
22:15 MYT
Legenda reggae dunia, Jimmy Cliff meninggal dunia pada usia 81 tahun
Cliff merupakan satu-satunya pemuzik reggae yang menerima Order of Merit, anugerah tertinggi kerajaan Jamaica bagi sumbangan dalam bidang seni dan sains. - Foto AP
DUNIA muzik kehilangan seorang ikon apabila legenda reggae dari Jamaica, Jimmy Cliff, disahkan meninggal dunia pada usia 81 tahun akibat sawan yang diikuti radang paru-paru, menurut kenyataan isterinya, Latifa Chambers.

Ringkasan AI
  • Legenda reggae dari Jamaica, Jimmy Cliff, meninggal dunia pada usia 81 tahun akibat sawan dan radang paru-paru, menurut kenyataan isterinya, Latifa Chambers.
  • Jimmy Cliff, dilahirkan sebagai James Chambers pada 30 Julai 1944, menjadi ikon muzik reggae dengan lagu-lagu klasik seperti 'Many Rivers to Cross' dan 'You Can Get It If You Really Want'.
  • Kehilangan Cliff meninggalkan kesan besar dalam dunia muzik, tetapi warisan serta semangatnya akan terus dikenang melalui karya-karya yang memberi inspirasi kepada generasi-generasi akan datang.

Dilahirkan sebagai James Chambers pada 30 Julai 1944 di St. James, Jamaica, Cliff membesar dalam kemiskinan di kawasan luar bandar sebelum berpindah ke ibu kota Kingston bersama bapanya pada tahun 1950-an.
Di sana, beliau mula mengejar impian dalam bidang muzik dan mencipta nama seawal usia 14 tahun menerusi lagu 'Hurricane Hattie'.
Sepanjang kerjayanya yang menjangkau lebih enam dekad, Cliff menjadi suara penting dalam memperkenalkan muzik reggae, ska dan rocksteady ke pentas dunia.
Beliau terkenal dengan lagu-lagu klasik seperti 'Many Rivers to Cross', 'You Can Get It If You Really Want', dan versi ikoniknya bagi lagu 'I Can See Clearly Now', yang menjadi simbol harapan dan ketabahan bagi jutaan peminat di seluruh dunia.
Filem lakonannya pada tahun 1972, 'The Harder They Come', bukan sahaja melonjakkan namanya, malah dianggap sebagai pemangkin utama kepada populariti reggae di luar Caribbean.
Cliff juga merupakan satu-satunya pemuzik reggae yang menerima Order of Merit, anugerah tertinggi kerajaan Jamaica bagi sumbangan dalam bidang seni dan sains.
“Dengan penuh kesedihan, saya mengumumkan bahawa suami saya, Jimmy Cliff, telah pergi buat selama-lamanya akibat sawan yang diikuti dengan radang paru-paru.
"Kami berterima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya,” kata isterinya dalam satu hantaran media sosial.
Pemergian Jimmy Cliff meninggalkan kekosongan besar dalam dunia muzik, namun legasi dan semangatnya akan terus hidup melalui karya-karya yang menyentuh hati generasi demi generasi.
Topic Berkaitan
#Jimmy Cliff
#meninggal dunia
#sawan
#radang paru-paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan