awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Leonardo DiCaprio pernah tolak tawaran bintangi Star Wars

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
31/12/2015
05:32 MYT
Leonardo DiCaprio pernah tolak tawaran bintangi Star Wars
DiCaprio turut mendedahkan beliau pernah menolak tawaran untuk muncul sebagai Robin dan Spiderman. - Gambar Fail
PARA peminat sejati Star Wars pastinya sukar melupakan tiga prekuel Star Wars (Attack of the Clones, The Phantom Menace, dan Revenge of the Sith) yang dianggap sebagai sisi hitam dalam sejarah francais filem terlaris di dunia itu.
Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan tiga prekuel itu mendapat ulasan negatif para peminat filem, malangnya hanya seorang pelakon yang menerima tempias paling hebat iaitu Hayden Christensen yang melakonkan watak Anakin Skywalker.
Persoalannya, mampukah prekuel Star Wars diselamatkan sekiranya pelakon lain dipilih untuk membawa watak tersebut?
Sudah tentu tidak. Namun apa salahnya jika kita cuba membayangkan pelakon lain membawa watak tersebut, misalnya Leonardo DiCaprio.
Pendedahan mengenai tawaran dari George Lucas itu didedahkan oleh ShortList, sebuah laman sesawang berkenaan filem yang mengadakan temubual dengan DiCaprio.
Menurut DiCaprio, dia pernah bertemu dengan Lucas dan ditawarkan untuk melakonkan watak Anakin Skywalker.
Ketika ditanya mengapa beliau menolak tawaran tersebut, DiCaprio cuma membalas pendek:
“Ketika itu saya belum bersedia.”
BACA: 'Star Wars: The Force Awakens' cecah AS$1 bilion selepas 12 hari
BACA: Peminat tegar tonton Star Wars 46 jam tanpa henti
BACA: Apabila Tun Mahathir menonton Star Wars di Sunway Pyramid
Dalam temubual yang sama, DiCaprio turut mendedahkan dia menolak tawaran untuk tampil sebagai Robin dalam Batman Forever (1995). Watak tersebut diberikan kepada Chris O’Donnell.
Beliau juga enggan membintangi Spiderman (2002). Karakter adiwira itu akhirnya diberikan kepada Tobey Maguire.
Namun begitu, dengan dua kemenangan Golden Globes dan empat pencalonan Oscars yang telah diterima setakat ini, kita boleh mengatakan DiCaprio telah membuat keputusan yang tepat.
Topic Berkaitan
#george lucas
#Leonardo DiCaprio
#Star Wars
#The Force Awakens
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan