awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Les' Copaque Production saluran YouTube pertama Malaysia cecah 10 juta pelanggan

Bernama
Bernama
12/06/2020
13:45 MYT
Les' Copaque Production saluran YouTube pertama Malaysia cecah 10 juta pelanggan
Saluran YouTube Les' Copaque diwujudkan pada 2009, dan kini telah mencecah lebih empat bilion tontonan. - YouTube/Les' Copaque
Saluran YouTube milik studio animasi tempatan, Les' Copaque Production berjaya mencecah 10 juta pelanggan semalam sekali gus layak menerima anugerah "Diamond Play Button" daripada platform perkongsian video dalam talian itu.
Ini pencapaian yang luar biasa dan amat membanggakan kerana ia merupakan Saluran YouTube pertama dari Malaysia mencecah 10 juta pelanggan.
Kejayaan merekodkan 10 juta pelanggan itu dicapai pada jam 2.06 petang semalam, menurut Les' Copaque Production dalam kenyataannya hari ini.
Sehingga Februari 2020, hanya 566 Saluran YouTube di seluruh dunia yang mencapai 10 juta pelanggan.
Saluran YouTube Les' Copaque diwujudkan pada 2009, dan kini telah mencecah lebih empat bilion tontonan.
Pihak produksi telah mengambil kesempatan itu menghasilkan video permohonan maaf daripada Fizi yang mencapai 19 juta tontonan hanya dalam tempoh seminggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#iamond Play Button
#Les' Copaque
#platform perkongsian video
#Upin Ipin
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan