awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liam Neeson akui pernah bayangkan dendam berbaur perkauman

Nailah Huda
Nailah Huda
06/02/2019
00:30 MYT
Liam Neeson akui pernah bayangkan dendam berbaur perkauman
Neeson berkata, apabila mendengar berita bahawa salah seorang anggota keluarganya menjadi mangsa rogol, soalan pertama yang ditanyakannya ialah mengenai warna kulit suspek. REUTERS/Fail
PELAKON Liam Neeson mengaku pernah berjalan membawa senjata selama seminggu dengan harapan dapat membunuh seorang lelaki kulit hitam selepas mendapat tahu bahawa saudaranya dirogol oleh seorang lelaki kulit hitam.
Pelakon filem Taken tersebut membuat pengakuan mengejut itu ketika mempromosikan filem terbaharunya, Cold Pursuit, dalam satu temu bual bersama akhbar The Independent.
Neeson, 66 tahun, mengaitkan kisah lama itu dengan watak baharunya dalam filem berkenaan yang penuh dengan amarah.
Katanya, apabila mendengar berita bahawa salah seorang anggota keluarganya menjadi mangsa rogol, soalan pertama yang ditanyakannya ialah mengenai warna kulit suspek perogol itu.
"Dia mengendalikan keadaan itu dengan cara yang sangat luar biasa. Tetapi sebaliknya saya terus bertanya, adakah dia kenal siapa yang melakukannya? Tidak.
"Apa warna kulitnya? Katanya, dia (perogol) berkulit hitam," katanya.
  Senjata 'cosh' yang dibawa Liam Neeson selama kira-kira seminggu dengan harapan untuk membalas dendam terhadap suspek yang merogol anggota keluarganya. - Gambar hiasan
Senjata 'cosh' yang dibawa Liam Neeson selama kira-kira seminggu dengan harapan untuk membalas dendam terhadap suspek yang merogol anggota keluarganya. - Gambar hiasan
Susulan itu, katanya: “Saya berjalan ke sana sini dengan membawa senjata ‘cosh’ di kawasan itu, mungkin selama seminggu - saya malu untuk mengakuinya - dengan harapan akan didekati oleh seorang kulit hitam yang memprovokasi saya, semata-mata supaya saya dapat membunuhnya.”
Neeson juga menggunakan panggilan kesat bagi merujuk kepada orang kulit hitam itu, sekali gus mencetus reaksi kemarahan netizen di media sosial, termasuk penulis terkenal, Marian Keyes.
I am mortified by Liam Neeson
— Marian Keyes (@MarianKeyes) February 4, 2019
Liam Neesons story is not only haunted by a particular brand of any black bastard will due to satiate my desire for revenge but its also haunted by patriarchy in the way he turned his friends sexual assault into a platform for his own need to prove his male dominance.
— Javon Johnson (@javonism) February 4, 2019
Namun, aktor itu sedar dia telah melakukan sesuatu yang boleh membawa akibat buruk.
“Ia memang teruk, tetapi saya belajar daripada peristiwa itu,” ujarnya.
Neeson mengenang kembali ketika waktu dia membesar di Ireland Utara dan melalui zaman konflik The Troubles pada hujung abad ke-20.
“Saya kenal beberapa orang yang mati akibat mogok lapar ketika itu, dan yang terperangkap akibat Troubles. Dan saya merasai keperluan untuk membalas dendam.
"Tetapi, balas dendam hanya akan membawa kepada lebih banyak dendam dan lebih banyak pembunuhan. Dan kes di Ireland Utara membuktikannya.
"Semua insiden keganasan yang terjadi dalam dunia ini, itulah buktinya. Tetapi, saya akui, saya dapat merasai keperluan itu."
Topic Berkaitan
#bunuh
#Cold Pursuit
#entertainment
#filem
#lelaki kulit hitam
#Liam Neeson
#mati
#Media
#media sosial
#perkauman
#racism
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan