FILEM bikin semula, The Lion King berjaya catat kutipan global box office berjumlah AS$531 juta (RM2.18 bilion) selepas hanya 10 hari ditayangkan.

Ia sekali gus meletakkan filem terbitan Disney ini di tempat ke lapan filem paling laris sepanjang zaman untuk minggu pertama tayangan.

Apa yang lebih membanggakan, filem ini juga berjaya menempah tempat ke tujuh filem paling laris bagi tahun ini.

Memetik laporan portal hiburan Variety, antara negara yang berjaya catat kutipan tertinggi adalah Utara Amerika dengan kutipan berjumlah AS$185 juta (RM761.18 juta).

Ia diikuti dengan United Kingdom yang berjaya catat kutipan AS$19.9 juta (RM81.8 juta), Perancis dengan AS$19.6 juta (RM80.6 juta) dan Mexico dengan AS$ 18.7 juta (RM76.94 juta).

Pada masa sama, filem ini mudah mengalahkan kutipan filem Incredibles 2 bagi kategori kutipan pembukaan tertinggi.




Meskipun pengkritik filem bercampur baur dengan filem tersebut apabila Rotten Tomatoes memberikan rating hanya 56 peratus, namun penonton nyata teruja menonton filem tersebut.

Diarahkan oleh Jon Favreau, filem bikin semula dari animasi Disney klasik 1994 ini menampilkan latar suara ‘A-list’ seperti Donald Glover sebagai Simba, Beyonce sebagai Nala dan ramai lagi.

Malah runut bunyi turut dinyanyikan Beyonce.