awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lisa Marie Presley dikebumi di Graceland berhampiran tempat persemadian bapa, anak

Agensi
Agensi
14/01/2023
05:14 MYT
Lisa Marie Presley dikebumi di Graceland berhampiran tempat persemadian bapa, anak
Anak tunggal "King of Rock 'n' Roll" itu meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di rumahnya pada Khamis. - Foto AP
LISA Marie Presley akan dikebumikan berhampiran tempat persemadian bapa dan anaknya di Graceland, estet milik keluarga Presley di Tennesse, Amerika Syarikat.
Anak tunggal "King of Rock 'n' Roll", Elvis Presley itu meninggal dunia selepas dilaporkan mengalami serangan jantung di rumahnya pada Khamis.
Mendiang berusia 54 tahun.
"Lisa Marie akan disemadikan di Graceland, bersebelahan dengan anak lelakinya, Ben," kata wakil keluarga.
BACA: Lisa Marie Presley meninggal dunia
Anak lelaki Presley, Benjamin Keough, meninggal dunia pada Ogos 2020.
READ: Lisa Marie Presley, daughter of Elvis, dies aged 54
Dalam salah satu catatan terakhirnya di media sosial, Presley berkongsi penulisannya untuk majalah People tentang kesedihannya selepas kematian Benjamin.
"Saya telah berhadapan dengan kematian, kesedihan dan kehilangan sejak berumur 9 tahun. Entah bagaimana, saya masih mampu meneruskan kehidupan sehingga kini.
"Kematian adalah sebahagian daripada kehidupan sama ada kita suka atau tidak, dan begitu juga kesedihan," tulisnya.
Lisa Marie meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Riley Keough, seorang pelakon, anak kembar kembar Finley dan Harper Lockwood serta ibunya, Priscilla, 77.
Mendiang adalah pewaris tunggal estet Graceland yang berkeluasan 17,500 kaki persegi itu.
Rumah agam itu adalah yang kedua paling banyak dikunjungi di Amerika Syarikat, selepas White House.
Topic Berkaitan
#Lisa Marie Presley
#Elvis Presley
#Graceland
#kebumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan