Heroin yang memainkan watak Lois Lane dalam filem Superman, Margot Kidder pada tahun 1970an dan 80an meninggal dunia pada usia 69 tahun.

Kidder meninggal dunia pada hari Ahad di kediamanya di Livingston, Montana, menurut notis di laman web Rumah Pengebumian Franzen-Davis.

Pengurus Kidder, Camilla Fluxman Pines berkata aktres itu meninggal dunia sewaktu tidur.

"Superman," yang diarahkan oleh Richard Donner, adalah filem blockbuster adiwira yang mendapat sambutan lebih dua dekad sebelum filem komik menjadi box office, dan dinamakan sebagai inspirasi penting oleh pembuat filem Marvel dan D.C. hari ini.

Selain terkenal sebagai heroin dalam “Superman”, Kidder mempunyai banyak filem yang tidak dapat dilupakan, termasuk "You've got me?! Who's got you?!".

Presiden Marvel Studios Kevin Feige menggelarkan saat itu sebagai "detik sinematik adiwira terbaik dalam sejarah filem" di akademi Motion Picture Arts and Sciences ketika acara menghormati aktres itu tahun lepas.

Kidder bersama mendiang Christopher Reeve menjadi bintang dalam tiga lagi filem "Superman", yang terakhir ialah "Superman IV: The Quest for Peace," pada tahun 1987.

Reeve, yang lumpuh dari leher dalam kemalangan menunggang kuda pada tahun 1995, meninggal dunia pada tahun 2004.

Kidder juga terlibat sebagai watak kecil dalam "The Great Waldo Pepper" dengan Robert Redford pada tahun 1975, dan peranan utama dalam "The Amityville Horror" bersama James Brolin pada tahun 1979.

Kidder mengalami kemalangan kereta pada tahun 1990 yang menyebabkannya terpaksa menghabiskan masa di kerusi roda selama hampir dua tahun.

Dia memberitahu pengacara stesen ABC, Barbara Walters dalam wawancara 1996 bahawa dia telah bergelut selama beberapa dekad dengan penyakit mental dan pernah ditemui terbakar dan kotor di sebuah halaman tidak jauh dari studio di mana dia pernah berlakon.

Kidder kelahiran Kanada tinggal di Montana beberapa dekad yang lalu dan menghabiskan banyak masa untuk aktiviti politik.