Luar biasa hebat, Tan Sri Vincent Tan berpantun di majlis pernikahan anak

Malissa Sahari
Februari 2, 2018 15:24 MYT
Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan (duduk dua dari kiri) tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada kepada pihak lelaki.- Foto Pembaca Astro AWANI
Adat meminang dan perkahwinan orang Melayu sememangnya punya keunikan tersendiri.
Seringkali pantun digunakan dalam menyampaikan sesuatu hajat atau hasrat.
Bukan sahaja cantik bahasa, tetapi bait-bait bahasa yang dipertuturkan sehingga menghasilkan baris-baris pantun yang sebenarnya punya maksud tersirat.
Adat berpantun tidak kira budaya atau bangsa.
BACA: Waris Syarikat Naza dan Berjaya bernikah hari ini?
Mana tidaknya, adat ini sama sekali tidak dikecualikan dalam satu majlis tertutup ijab kabul puteri sulung Tan Sri Vincent Tan, Chryseis Tan dan pasangannya, pewaris empayar perniagaan terbesar SM Faliq Nasimuddin.
Sejarah baharu tercipta pada tarikh istimewa 2 Februari 2018.
Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun berpantun mengikut lenggok yang sangat beralun.
BACA: Perkahwinan dua waris syarikat Naza dan Berjaya: Nama Chryseis Tan paling dicari
Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada kepada pihak lelaki.
Menerusi satu video yang dimuat naik di 'insta story' laman sosial Instagram milik syarikat pengurusan acara @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.
Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup ijab kabul puteri sulung Tan Sri Vincent Tan, Chryseis Tan dan pewaris empayar perniagaan terbesar, SM Faliq Nasimuddin.
Antara bait-bait pantun yang dibalas pihak perempuan kepada lelaki seperti berikut :
Jati tuan, jati Melayu,
Jati kami didalam hati,
Janji tuan masa yang lalu,
Harap disampaikanlah kepada kami.
Turut dituturkan rangkap pantun ini;
Bunga melur warnanya merah,
Warnanya terang memikat hati,
Balasan kami tidaklah mewah,
Sembilan dulang seperti dijanji.
Majlis penuh adat istiadat terbabit berlansung di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang pada Jumaat.
Pasangan itu telah mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lepas menerusi laman media sosial, Instagram.
#berpantun #Chryseis Tan #Melayu #Pahang #Pantun #perkahwinan #Tan Sri Vincent Tan