Saban hari, promosi akaun Instagram yang memperkenalan servis serta perniagaan semakin menjadi trend di kalangan pengguna laman sosial.

Wujud pelbagai akaun laman sosial yang mengiklankan produk keluaran mereka dan ia sering meninggalkan komen di akaun Instagram milik artis dan selebriti.

Terbaru, pelakon drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan, Mira Filzah pula menjadi mangsa iklan di laman Instagram.

Menerusi ruangan komen salah satu entri yang dimuat naik oleh Mira, pelakon itu didekati oleh sebuah akaun Instagram yang menjual 'doorgift' untuk majlis perkahwinan.

"Morning Mira. Majlis dah dekat? 1001 sweet doorgift at very affordable price," tulis akaun terbabit.

Jika sesetengah artis gemar menyekat atau tidak mengendahkan komen akaun berbentuk bisnes itu, lain pula ceritanya dengan Mira.

"Majlis lambat lagilah awak," jawab Mira dengan selamba.





Rata-rata peminat Mira terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh aktres ini.

Drama bersiri lakonan Mira dan Remy Ishak, Lelaki Kiriman Tuhan masih bersiaran setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Oasis dan Maya HD.