PELAKON Didie Alias berkongsi perkembangan terkini pelakon Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan Latah setelah mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada 28 Julai lalu atas tuduhan meludah pembanti peribadinya, bulan lalu.
Menurut Didie, Mak Wan berbuat demikian kerana dia percaya pelakon senior itu mahu menjaga maruah diri dan reputasi sebagai seorang pelakon.
“Saya ada hubungi Mak Wan selepas dia ke mahkamah tempoh hari. Menerusi panggilan itu juga dia masih tidak mengaku bersalah untuk menjaga maruah dan reputasinya. Saya faham kenapa dia berbuat demikian.
“Memang ada sembilan saksi daripada pihak sana, tetapi adakah mereka sediakan bukti yang mengatakan Mak Wan meludah pembantu peribadinya itu?” katanya kepada Gempak.
Menurut Didie, dia sendiri tidak faham mengapakah pihak sebelah sana masih mahu meneruskan tindakan undang-undang kepada Mak Wan, walaupun isu berkenaan bukanlah satu isu yang besar.
“Besar sangat ke isu ini untuk dipanjangkan? Tak tahulah pihak sebelah sana tak puas hati ke sebab saya tak pergi berjumpa dengannya? Itu saya tak pasti.
“Saya pun tak faham kenapa dia nak jatuhkan Mak Wan. Mak Wan bukan level artis popular yang kau nak jatuhkan. Hentikanlah benda mengarut ini. Bukan saya nak raih simpati sebab saya hanya jadi pendengar dan penasihat sahaja.
“Apa yang dia akan dapat kalau lawan kes ni? Mak Wan tak ada duit, tak ada harta. Dia hanya ada kasih sayang untuk anak-anak dia sahaja. Tak payahlah buat orang tua tu sampai terduduk ke tanah,” katanya lagi.
Terdahulu, mengikut kertas pertuduhan, Mak Wan didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai Batu Kurau pada pukul 7 petang, 24 Jun lalu.
Pelakon veteran itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 5 September 2022 untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.
Konflik antara pelakon drama itu dengan bekas pembantu peribadinya dikenali Amell itu mendapat perhatian umum sejak Jun lalu ekoran pendedahan wanita tersebut menerusi beberapa video tentang Mak Wan di akaun TikToknya.
Menerusi video berkenaan, pelakon itu didakwa sebagai seorang yang panas baran.
Kes itu berlarutan apabila pelakon veteran tersebut mendakwa menjadi mangsa pukul Amell yang dikatakan membabitkan isu duit.
Bekas pembantu pelakon itu bagaimanapun dilaporkan berkata, dia bertindak demikian selepas Mak Wan meludahnya apabila dia bertanyakan satu soalan yang tidak boleh diterima tertuduh.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Tue Aug 02 2022
Didie Alias simpati dengan nasib Mak Wan Latah yang diheret ke mahkamah oleh bekas pembantu peribadi pelakon veteran itu.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
"Mak Wan tidak berduit, tiada harta, tidak perlu jatuhkan dia" - Didie Alias simpati nasib Mak Wan Latah
Hentikan benda mengarut, nasihat Didie pada pihak yang heret Mak Wan Latah ke mahkamah.
Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah ludah pembantu peribadi
Mak Wan didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.
Mak Wan Latah ke mahkamah 28 Julai - Didie Alias kongsi perkembangan isu dengan bekas pembantu peribadi
Didie Alias harap isu Mak Wan Latah dapat diselesaikan secepat mungkin.