awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malam ini rezeki Dukun' - Umie Aida

Gempak
Gempak
03/11/2018
07:00 MYT
'Malam ini rezeki Dukun' - Umie Aida
Umie Aida mengaku tidak menjangka akan beroleh kemenangan pada malam Anugerah Skrin 2018.
AKTRES terkenal, Datin Seri Umie Aida mengaku tidak menjangka akan beroleh kemenangan pada malam Anugerah Skrin 2018.
Menurut Umie Aida, dia menganggap kejayaan yang diperoleh adalah rezeki kepadanya.
"Sejujurnya, saya tidak menjangkakan akan menang pada malam ini. Saya seorang yang tidak berasa yakin dengan diri sendiri.
"Tipulah kalau saya katakan tidak mahu menang pada malam ini. Saya sudah berusaha keras untuk watak itu.
"Malah, sebelum saya menerima watak itu, sudah mengetahui ia adalah satu watak yang besar," katanya.
BACA: 'Dukun' dinobat Filem Terbaik di Anugerah Skrin
Umie Aida ditemui di malam Anugerah Skrin 2018 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Teraju utama kepada filem Dukun itu mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada filem tersebut untuk bertanding pada malam anugerah itu.
BACA: Kutipan melebihi RM10 juta, Dukun masih 'merasuk' peminat!
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada filem Dukun untuk bertanding pada malam ini walaupun karyanya terperap selama 12 tahun.
"Alhamdulillah, malam ini adalah rezeki Dukun," katanya kepada Gempak.
BACA: Wow! 'Dukun' ditayang di New York
Di malam Anugerah Skrin 2018, Umie Aida telah merangkul trofi sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem.
Selain itu, filem terbitan Astro Shaw itu turut memenangi kategori Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Namron) dan Pengarah Filem Terbaik (Dain Said).
Topic Berkaitan
#Anugerah Skrin
#Astro
#dain said
#DUKUN
#Namron
#Pelakon Wanita Terbaik Filem
#Umie Aida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan