SIAPA sangka setelah 30 tahun lebih dalam industri seni tanah air, ini kali pertama pelakon dan pelawak Bell Ngasri tercalon dalam sebuah anugerah yang sering menjadi impian para selebriti sebagai bukti keringat mereka akhirnya menunjukkan hasil bila mendapat anugerah.
Baru-baru ini, Bell tercalon dalam Top 5 kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35).
Rentetan daripada itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri telah diwawancara dalam satu stesen radio dan tidak mampu menahan sebak apabila bercerita tentang ibunya yang bersedih sejak lima hari lalu tercalon dalam kategori tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok radio Kool 101, Bell menitipkan ucapan agar ibunya tidak terlalu memikirkan tentang pencalonan sulungnya di anugerah berprestij itu.
“Mama jangan sedih-sedih..saya tahu dia terlalu fikirkan anak-anak dia.
“Relaks sahaja mama, jangan difikirkan sangat, ini semua perkara kecil sahaja. Bintang popular ke bintang tak popular ke..anugerah ke tak perlu fikir-fikir.” katanya.
Dalam pada itu, aktor berusia 42 tahun ini sama sekali tidak pernah menyangka sepanjang penglibatannya dalam dunia seni dia akan berjaya membolos Top 5 bagi kategori tersebut.
“Ini adalah satu tahap yang saya sendiri tak pernah terfikir. Sebelum ini saya tak jadi macam ini pun saya tetap okey, alhamdulillah.
“Saya masih boleh hidup, janganlah mama sedih. Termasuk juga adik-beradik saya lebih-lebih lagi yang seangkatan dengan saya... untuk Darling, Anne,” tambahnya.
Penyampai segmen Pagi On Point, Haiza dilihat turut mengalirkan air mata apabila Bell mendedahkan bahawa hasil lakonan dia dan adik-beradiknya pernah dijadikan sebagai punca pendapatan keluarga.
“Pernah sampai satu tahap kami berlakon untuk menyara hidup. Alhamdulillah saya dan adik-beradik saya sudah berjaya.
“Kami tak pernah meminta lebih dan saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana membawa saya ke Top 5,” jelasnya.
Sekadar info, ini merupakan pencalonan pertama Bell di dalam ABPBH setelah lebih 30 tahun berada di dalam industri hiburan.
Antara calon lain yang bakal berentap ialah Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli, dan Jaa Suzuran. -Keluarga
Keluarga
Sat Jul 15 2023
Bell menitipkan ucapan agar ibunya tidak terlalu memikirkan tentang pencalonan sulungnya di anugerah itu. -Keluarga
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
'Terima kasih beri saya watak utama' - Bell Ngasri gila-gila dalam Geng Sakau vs Hantu Ting Tong
Menurut Bell, sebelum ini dia pernah bekerjasama bersama KRU Studios menerusi filem Cicakman.
Adik dikecam jadi Timbalan Pengerusi GiatMARA, ini respons Bell Ngasri
Bell berkata dia tidak berasa sedih kerana itu adalah lumrah kehidupan dan orang ramai boleh memberikan apa sahaja pendapat di media sosial.
Bell Ngasri terima Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000
Bell Ngasri teruja menerima hadiah kereta jenama Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000 tajaan syarikat kenderaan DTC Motors pada Isnin.
Tak perlu kontroversi murahan, ini kisah kejayaan figura hebat Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Tyzo
Kemenangan figura hebat ini juga menarik perhatian Public Health Malaysia yang turut berkongsi serba sedikit mengenai kejayaan mereka.
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Bell Ngasri terima anugerah khas daripada stesen nombor 1 ERA
Anugerah tersebut dedikasi khas buat Bell selepas puluhan tahun dalam industri seni, daripada seusia kanak-kanak sehingga sekarang.
'Mama jangan sedih-sedih' - Bell menangis cerita kerisauan ibu selepas dicalonkan
Bell menitipkan ucapan agar ibunya tidak terlalu memikirkan tentang pencalonan sulungnya di anugerah itu.
Bukan sekadar tulang belakang kerjaya suami, isteri Bell Ngasri juga nama hebat dalam industri
Yang pasti, Sha bukan calang-calang wanita kerana dia juga berkerjaya dan berpengalaman dalam industri seni.
Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri
Menurut Bell, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.