awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Masih dalam mode Robocop' - Azhan Rani akui tidak secergas dulu selepas terlibat nahas

Gempak
Gempak
05/02/2022
02:21 MYT
'Masih dalam mode Robocop' - Azhan Rani akui tidak secergas dulu selepas terlibat nahas
Azhan Rani beransur pulih selepas terlibat dalam nahas jalan raya bulan lalu. -Gempak
NAMPAKNYA, keadaan Azhan Rani beransur pulih selepas terlibat dalam nahas jalan raya bulan lalu.
Begitulah seperti yang dikongsikan oleh pelakon berbakat besar itu menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.
Menurut Azhan, sungguh sudah mula pulih, keadaan dirinya masih tidak secergas dahulu dan masih dalam mode ‘Robocop’.
Sungguhpun dirinya masih memerlukan rehat yang cukup, namun, Azhan berkata, dia masih dalam dilema kerana masih banyak komitmen dan tanggungan yang melibatkan wang perlu dilunaskan.
“Insya-Allah, saya sedang beransur sembuh walaupun tidak secergas dahulu, dan masih dalam mod ‘Robocop.
“Nak ikut pesan doktor rehat lama-lama dengan nanti nak menghadap bank yang terpaksa kejar tiap-tiap hari pun dilema juga.
“Ada yang perlu ditanggung ada yang perlu dilunaskan. Life must go on kaedahnya.
"Jadi, sebelum banyak drama belakang tabir, insya-Allah saya akan kuat untuk hadapi semua ini.
“Semoga dimurahkan rezeki dan kesihatan saya. Terima kasih atas doa, ingatan dan kasih sayang semua,” jelas Azhan.
Pada 16 Januari, pelakon yang berusia 46 tahun itu terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan motosikal lain yang tiba-tiba membuat pusingan U ketika melalui Jalan Templer, Rawang, Selangor.
BACA: 'Dia stabil, masih dalam jagaan pakar' - Beto Kusyairy sahkan Azhan Rani terlibat nahas motosikal
BACA: 'Terima kasih kepada yang membantu' - Azhan Rani cerita detik terlibat nahas motosikal
Disebabkan kemalangan itu, bahunya mengalami kecederaan sementara tulang rusuk keempat, kelima dan keenam retak.
Dalam pada itu, menerusi laporan media, Azhan mengakui ada penerbit yang menggugurkan namanya daripada produksi penggambaran selain wataknya diubah sebagai pelakon yang terlibat sebagai penampilan khas sahaja.
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Azhan Rani
#nahas jalan raya
#mod Robocop
#tidak secergas dahulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan