PELAKON Azhan Rani, 45, hari ini menceritakan detik kejadian nahas yang menimpanya di Jalan Templer, Rawang, Selangor, pada 17 Januari lalu.
Dalam kemas kini di akaun Instagram, anak kelahiran Tanjung Karang itu berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika dia dalam perjalanan menghala ke ibu negara.
Menerusi hantaran tersebut, Azhan turut memuat naik dua gambar dipercayai pemandu lori tersebut, selain dia yang dilihat dalam keadaan terduduk selepas kemalangan berkenaan.
Akibat daripada kemalangan tersebut, doktor mengesahkan tulang belikatnya pecah.
Bagaimanapun, di sebalik insiden malang itu, Azhan tetap menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu yang membantunya.
"Buat bro (saudara) Muhammad Firdaus dan sesiapa sahaja yang membantu saya pada hari kejadian, semoga Allah merahmati kalian. Terima kasih atas jasa baik anda.
"Buat dua orang abang lori, terima kasih kerana berjaya hentikan lori dan tak langgar saya," tulisnya dalam entri tersebut, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Azhan menambah dia turut memohon maaf kepada dua beradik yang dipercayai mengakibatkan berlaku kemalangan tersebut kerana meninggikan suara kepada remaja terbabit.
"Mohon jangan bawa motosikal macam itu lagi. Kita sama-sama syukur kerana Allah bagi peluang kita hidup.
"Maaf juga buat motosikal awak hancur," tulisnya lagi.
BACA: 'Dia stabil, masih dalam jagaan pakar' - Beto Kusyairy sahkan Azhan Rani terlibat nahas motosikal
Azhan dalam pada itu juga menzahirkan rasa syukur kerana dikurnia sahabat yang sentiasa menjadi tulang belakang kepadanya.
"Dua insan hebat ini jadi tulang belakang aku untuk terus berdiri.
"Dulu dan kini, harta paling lumayan anugerah lahir buatku. Terima kasih sahabat Beto Kusyairy dan Tisha Shahar (isteri Beto), serta sahabat-sahabat lain yang tidak henti bertanya khabar.
"Moga syurga menunggu kalian di sana nanti," tulisnya.
Sebelum ini, Beto di akaun media sosialnya memaklumkan Azhan mengalami pecah tulang belikat kiri, retak tulang bahu dan tiga tulang rusuk, selain kecederaan kecil akibat kemalangan tersebut.
Hasimi Muhamad
Wed Jan 19 2022

Azhan Rani menzahirkan terima kasih kepada individu-individu (gambar) yang membantunya dalam kemalangan tersebut. -Foto Instagram Azhan Rani

Hormat keputusan Zuraida - Annuar
Semua pihak perlu menghormati keputusan dan pendirian Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan menyertai PBM, kata Tan Sri Annuar Musa.

'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy
'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok.

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengulas isu risiko di era ketidaktentuan selepas menjadi panel dalam salah satu sesi di Forum Ekonomi Dunia WEF 2022.

Ratu Elizabeth cari pembantu rumah, gaji RM43 sejam
Antara faedah lain yang turut disediakan ialah 15 peratus skim pencen caruman majikan dan 33 hari cuti termasuk cuti umum.

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Editor Niaga AWANI, Najib Aroff mengulas isu semasa sebelum Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjadi panel dalam isu pengurusan risiko di era ketidaktentuan dalam salah satu sesi di Forum Ekonomi Dunia WEF 2022.

Health alert monkeypox dalam aplikasi MySejahtera mulai 27 Mei
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, MySejahtera akan mengeluarkan health alert monkeypox dalam aplikasinya mulai 27 Mei 2022.

PBM Kelantan sambut baik tindakan Zuraida
Kebanyakan ahli PBM majoritinya merupakan bekas ahli PKR yang mengenali Zuraida dan sentiasa menyokong sebarang tindakannya.

92 peratus kes HFMD melibatkan kanak-kanak di bawah 6 tahun
Khairy Jamaluddin berkata, kes paling banyak dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak enam tahun ke bawah, iaitu 52,846 kes (92%), manakala kumpulan umur 7 hingga 12 tahun adalah seramai 3,741 kes (7%).

Peningkatan kes HFMD akibat pembukaan aktiviti sosial
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, peningkatan kes ketara HFMD berlaku sejak April berikutan pembukaan aktiviti sosial, termasuk sesi kehadiran penuh sekolah, taska, tadika dan tabika.

Jawatan Zuraida sebagai MPT Bersatu tergugur serta-merta - Hamzah
Jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tergugur dengan serta-merta selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) hari ini.

'Terima kasih kepada yang membantu' - Azhan Rani cerita detik terlibat nahas motosikal
Akibat daripada kemalangan tersebut, doktor mengesahkan tulang belikatnya pecah.