awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit

Gempak
Gempak
01/08/2017
16:00 MYT
Masuk hospital di Brunei, isteri mohon doakan kesihatan Yazit
Pada awalnya kesihatan Yazit baik, tetapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. - Foto Astro Gempak
ISTERI kepada Yazit Ahmad yang juga bekas pemain dram kumpulan Search, Ramlah Mat memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya itu agar dapat kembali ke Malaysia segera. Ramlah berkata, keadaan kesihatan suaminya itu merosot ketika mereka sedang menunggu pesawat untuk pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada Isnin selepas empat hari berada di negara itu. Berikutan itu, pemain dram lagenda itu gagal untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Brunei selepas dilarang menaiki pesawat kerana uzur. "Kami berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya ada undangan menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian. "Pada awalnya kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dia terus dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk mendapatkan rawatan," katanya. Tambah Ramlah, suaminya diberikan rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang menyebabkan dia menjadi semput.
Bagaimanpun katanya, keadaan semakin stabil biarpun masih berada dalam keadaan lemah.
"Selepas melakukan rawatan dialisis semalam, tekanan darah dia semakin baik dari 180 kepada 108. Tapi dia masih lemah dan tidak boleh berjalan. "Sepatutnya sudah boleh keluar hari ini tapi pihak hospital minta buat satu lagi dialisis kerana masih ada saki baki air di paru-paru yang perlu dikeluarkan. "Biasanya sekali dialisis mengambil masa tiga jam, mungkin esok baru kami dibenarkan keluar dan pulang ke Malaysia," katanya penuh harapan. Pada Julai 2015, Yazid pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah buah pinggang dan jantung.
Sumber: mStar Online
Topic Berkaitan
#Brunei
#dilarang menaiki pesawat
#Hospital
#isteri
#Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei
#Ramlah Mat
#search
#Yazit Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan