awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prabowo: Indonesia akan rampas lebih banyak tanah sawit haram tahun ini
China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025
Penubuhan HLSCC angkat hubungan Malaysia-Turkiye ke peringkat tertinggi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC akan sekat platform e-dagang jual produk cetak rompak

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2020
10:28 MYT
MCMC akan sekat platform e-dagang jual produk cetak rompak
MCMC memaklumkan tindakan memerlukan siasatan teknikal yang akan dijalankan oleh pihaknya. - Gambar fail
Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan teragak-agak untuk menyekat laman yang menjual produk-produk cetak rompak.
Dalam satu kenyataan hari ini, pihak SKMM memaklumkan tindakan itu akan dilaksanakan selepas mendapat makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
"Setiap tindakan memerlukan siasatan teknikal yang akan dijalankan oleh pihak MCMC. Pihak kami akan terus menyedarkan orang ramai agar menjadi pengguna internet yang bijaksana seperti tidak membeli produk atau kandungan cetak rompak," kata kenyataan tersebut.
Sebelum ini, laman e-dagang, Shopee dikesan menjual kandungan cetak rompak berupa filem-filem terbitan syarikat-syarikat tempatan.
BACA: Finas kecewa platform e-dagang jual filem cetak rompak, 'Keluarga Iskandar' antara mangsanya
SKMM memaklumkan tindakan itu akan dilaksanakan selepas mendapat makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Keluarga Iskandar The Movie cetak rompak antara yang dijual di platform digital
Antara filem yang dikesan dijual di laman tersebut ialah Ada Apa Dengan Dosa dan Keluarga Iskandar The Movie.
Astro AWANI masih menunggu maklum balas dari pihak Shopee berhubung perkara ini.
Selepas dihubungi Astro AWANI, pautan yang memaparkan jualan filem Ada Apa Dengan Dosa dan Keluarga Iskandar The Movie telah diturunkan dari platform Shopee.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak akan teragak-agak untuk menyekat laman yang menjual produk-produk cetak rompak.  Dalam satu kenyataan, pihak SKMM memaklumkan tindakan itu akan dilaksanakan selepas mendapat makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Selepas dihubungi Astro AWANI, pihak Shopee telah menurunkan pautan yang menjual kandungan cetak rompak.
Dalam pada itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sedang membuat siasatan lanjut berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang.
Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri menjelaskan pihaknya akan memberi tumpuan pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem-filem cetak rompak di platform terbabit.
Topic Berkaitan
#Ada Apa Dengan Dosa
#Ahmad Idham Nadzri
#Cetak rompak
#filem
#FINAS
#Keluarga Iskandar The Movie
#KPDNHEP
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan