SEBUAH karya atau sesuatu hal yang dibuat ikhlas dari hati, ditekuni dengan rasa gembira dan dibikin untuk menyenangkan sekitarnya selalu akan dapat menyentuh perasaan orang lain.
Meski ia mungkin hanya perkara atau perbuatan biasa, perlakuan rutin malah seperti memuntahkan perasaan yang ada banyak berselirat dalam kepala dan kemudian digubah menjadi sebuah seni, namun hasilnya cukup luar biasa.
Barangkali itulah kata-kata sederhana yang boleh diberikan kepada lelaki berkaca mata, berambut kerinting, senang tersenyum, dan begitu sopan menyantuni setiap ‘penganutnya’; Sang Kunto Aji.
Sebenarnya isi karya Kunto Aji adalah berat, tapi entah mengapa apabila ia ‘menikah’ dengan muzik pop yang dibawakannya, setiap lagu yang dihasilkan seperti busur panah mengena ke jantung hati pendengar.
Ada sesuatu yang cukup syahdu dalam untaian muzik pop Kunto Aji. Lirik-liriknya mampu membuat seseorang ketawa bahagia dan kebanyakannya menangis kerana ‘beban rasa’.
Kunto Aji adalah nama sebenar seperti dalam kad pengenalannya. Namun dalam kalangan ‘penganut’ seni dan muziknya, semua terbiasa memanggil beliau sebagai Mazkun (Mas Kunto).
19 Ogos 2022, beliau membuat isi Dewan Filharmonik Petronas gegak gempita. Ribuan ‘penganutnya’ sudah terikat mantra Mazkun, yang memulakan persembahan dalam kedatangan perdananya ke Malaysia lewat lagu Jakarta.
“Ayuh berdiri semua,” seperti dipukau semua bangun dan Konon Katanya memecahkan suasana.
Gamat. Semua berdiri, bergoyang dan ‘menyelam sama’ pemuzik asal Jogjakarta, Indonesia ini yang sedikit sekali bicaranya, namun begitu energetik dalam setiap lagu yang dipersembahkan.
Kesemuanya ada 17 buah lagu, dengan kebanyakannya dinyanyikan secara langsung dari album Mantra Mantra (kerana itu saya menggulang banyak kali perkataan Mantra).
Lagu-lagu seperti Mercusuar, Akhir Bulan, Terlalu Lama Sendiri, Pilu Membiru, Sulung, Ekspektasi bukanlah untaian tak biasa didengar.
Saya percaya, semua yang datang menyaksikan konsert Kunto Aji Live Di Kuala Lumpur lewat slot Fabulous Friday itu sudah menelan dan memahat setiap lirik di kepala - apa lagi menanti kedatangan Kunto Aji seperti mendengar kerajaan mengumumkan penerimaan RM10,000 dari simpanan masing-masing (saya saja berjenaka.)
Persembahan ‘gila’ dengan persiapan yang meski diakui dilakukan agak ‘buru-buru’ itu penuh dengan rasa. Di pentas, meski Kunto Aji hanya memakai sepasang baju warna putih labuh dengan sedikit tali seperti pakaian tahanan, namun ia memberi perlambangan terkait ‘kebebasan’.
Setiap permainan lampu dan paparan LED yang bersilih ganti, sesekali diselit kata kata semangat membuat banyak yang menyeka air mata.
Jika mengikuti karyanya, kita tahu Kunto Aji adalah pemberi semangat buat individu dengan hidup keterpurukan atau mengalami masalah gangguan kesihatan mental.
Lirik lagunya semua mengenai hidup perlu semangat. Semacam satu mantra, setiap bait mengingatkan diri bahawa hidup ini sangat bermakna.
Begitu juga yang terisi di dalam hitnya, Rehat dengan antara lirik yang cukup membuat semua peminat tidak akan lupa salah satunya berbunyi: “Biarkanlah semesta bekerja untukmu”.
“Ya, saya cipta Rehat untuk diri sendiri. Saya afirmasi (kalimat positif) yang saya belajar dari guru-guru saya. Saya cuba masukkan semuanya dalam pop muzik,” ujarnya sewaktu ditemui Gempak usai persembahan perdana yang cukup sukses di DFP.
Malah saat ditanya bagaimana kelak isi materi dalam album ketiga yang sedang dikerjakan, Kunto Aji mengaku masih belum mampu memberi penjelasan yang tepat.
Itu juga termasuk saat ditanya mengenai adakah album tersebut mungkin akan diisi tentang perasaannya selepas bapanya, Panselut Budi Anggoro pulang ke negeri abadi sekitar Jun lalu.
“Saya belum bisa bilang, rasa itu pasti ada namanya penulis tak boleh membohongi perasaan. Jiwa akan terlihat dan semakin jujur terhadap diri, semakin besar karyanya.
“Itu yang saya lakukan, menelanjangkan diri sendiri, biarpun saya mungkin bisa bilang ‘oh ini bukan untuk Almarhum’, tapi pasti ada, entah itu satu kata yang menginspirasi atau apa,” jelasnya.
Malam itu, seperti Kunto Aji yang mengaku kaget dengan apresiasi peminatnya, semua pulang dengan perasaan gembira.
Dan sebagai ‘penganut’ Kunto Aji, marilah kita berterima kasih kepada tuan penganjur, Shiraz Projects yang berani membawa penyanyi yang mungkin namanya terlalu asing didengar oleh peminat ini ke Malaysia. Anda sekurangnya telah merealisasikan impian peminat Mazkun untuk bersatu dalam karyanya yang memberi semangat dengan cara tersendiri.
Semoga bisa ketemu lagi Kunto Aji. “Ya pasti, pasti mahu ke sini (Malaysia) lagi,” katanya teruja.
Maliah Surip
Sat Aug 20 2022
Setiap lagu yang dihasilkan Kunto Aji seperti busur panah mengena ke jantung hati pendengar.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Kunto Aji Live In KL 2023: Candu dan terapi tanpa khidmat profesional yang berkesan
Tanyalah kepada semua penggemar karya Kunto Aji, kesemua lagunya adalah candu perasaan - walaupun dia menekankan karyanya bukan ubat.
Kunto Aji rawat rindu, bertemu peminat di Zepp KL Ogos ini
Dibawakan oleh Shiraz Projects di bawah payung "Nusafest Presents", Kunto Aji akan beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Ogos ini, jam 8.30 malam.
'Siarkan khabarnya' - Konsert perdana Kunto Aji di Malaysia Ogos ini
Kunto Aji dijadual mengadakan konsert perdananya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 bermula pukul 8.30 malam.