awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meninggal dunia: Organ pelakon Snowdrop, Park Soo-Ryun diderma

Gempak
Gempak
13/06/2023
10:47 MYT
Meninggal dunia: Organ pelakon Snowdrop, Park Soo-Ryun diderma
Park Soo-Ryun mengejutkan dunia hiburan Korea Selatan dan peminat apabila dilaporkan meninggal dunia pada 11 Jun lalu. - Gempak
PELAKON siri Snowdrop, Park Soo-Ryun mengejutkan dunia hiburan Korea Selatan dan peminat apabila dilaporkan meninggal dunia pada 11 Jun lalu.
Soo-Ryun meninggal dunia pada usia 29 tahun selepas terjatuh daripada tangga di rumahnya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak keluarga, Soo-Ryun sempat koma setelah insiden tidak terduga itu sebelum disahkan meninggal dunia.
Keluarga pelakon tersebut turut menyatakan akan mendermakan organ yang masih baik kepada mereka yang memerlukan.
“Hanya otak dia yang mati tetapi jantungnya masih berdetak. Pasti ada seseorang yang memerlukan organ tersebut.
“Dan sebagai ibu bapa, kami boleh hidup dengan tenang selepas mengetahui organ atau jantungnya masih berfungsi dan diberikan seseorang yang memerlukan,” kata kenyataan tersebut seperti dilaporkan AllKPop.
Majlis pengebumian Soo-Ryun akan diadakan di Hospital Suwon di Korea.
Park Soo-Ryun pertama kali muncul sebagai pelakon menerusi karya muzikal Il Tenore di 2018 dan beberapa naskhah lainnya seperti Finding Kim Jong-wook, Siddhartha dan The Day We Loved. -- Gempak
Topic Berkaitan
#pelakon Snowdrop
#Park Soo-Ryun
#meninggal dunia
#derma organ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan