Menjelang pentas akhir, ini 8 perkara menarik sepanjang Big Stage 2022

Asyraf Roslan
Mac 27, 2022 00:40 MYT
Siapa bakal bergelar Juara Big Stage 2022? Sama-sama kita nantikan.
PELBAGAI rintangan dan cabaran dilalui Aisha Retno, Elica Paujin, Danial Chuer, Yazmin Aziz dan Tegar Septian untuk sampai ke pentas akhir Big Stage 2022.
Dan malam ini, salah seorang daripada mereka akan dinobatkan sebagai juara program nyanyian yang sudah masuk edisi keempat ini.
Tapi sebelum Big Stage 2022 melabuhkan tirainya, mari kita throwback apa yang menarik sepanjang Big Stage 2022 berlangsung.
1. Iqbal Zulkefli peserta ke-12 Big Stage 2022
Pada asalnya, hanya 11 peserta sahaja yang diperkenalkan kepada umum dan juga media.
Namun pada konsert minggu pertama, usahawan Iqbal Zulkefli membuat kejutan apabila diumumkan sebagai peserta ke-12 Big Stage.
Namun, rezekinya tidak lama apabila terpaksa meninggalkan pentas itu pada minggu kedua.
BACA: Ahmad Iqbal, anak jati Kelantan terpilih sebagai peserta ke-12 Big Stage 2022
Big Stage 2022: Iqbal menepati syarat sebagai peserta Big Stage?
2. Bukan Kak Lina Pom Pom tapi Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen
Pada Big Stage 2020, ramai yang teruja dengan kehadiran Elly Mazlien atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom sebagai Presiden Netizen.
Dan pastinya mereka menantikan kelibat Kak Lina untuk kembali menduduki kerusi tersebut.
Namun netizen dikejutkan apabila Datuk Seri Vida pula sebaliknya menduduki kerusi tersebut sehingga minggu akhir.
3. Megat Rahim, Danial Chuer, Sofiaa Marieyla tak datang buat persembahan
Ada beberapa minggu yang peminat tidak dapat melihat persembahan Megat Rahim, Danial Chuer dan Soffia Marieyla.
Bukan saja-saja tidak datang namun mereka mempunyai masalah kesihatan dan mendapat nasihat doktor untuk rehat dan tidak membuat persembahan pada minggu berkenaan.
Ini juga sebagai satu langkah keselamatan buat semua.
BACA: Big Stage 2022: Peserta tidak hadir atas faktor kesihatan, apa tindakan Astro?
Big Stage 2022: Mana hilangnya Danial Chuer?
4. Aisha Retno buat Ajai dan Tokti menangis
Kalau anda masih ingat, Aisha Retno pernah membuat dua juri tetap Big Stage 2022, Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza mengalirkan air mata selepas menyanyikan lagu "Kesetian" nyanyian asal Allahyarham Siti Sarah pada minggu ketiga.
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui tidak dapat menahan sebak semasa mendengar Aisha menyampaikan lagu tersebut kerana mengingatkannya pada arwah.
BACA: Big Stage 2022: Ajai, Siti Nurhaliza sebak terkenangkan arwah Siti Sarah
Big Stage 2022: Ajai, Siti Nurhaliza sebak terkenangkan arwah Siti Sarah
5. Bukan “Main Politik”, Ajoi Zainal memang kurang sihat
“Pasukan perubatan memaklumkan bahawa Ajoi Zainal mengalami tekanan darah dan kadar degupan jantung yang tinggi.”
Itu respons Penerbit Penyelaras Big Stage 2022, Mohd Noor Firdaus Mahadi ketika ditanyakan mengenai situasi peserta Big Stage, Ajoi Zainal.
Ajoi yang menyanyikan lagu "Jangan Khianati Aku" nyanyian asal Azlan & the Typewriter kelihatan seperti kurang sihat selepas selesai melakukan persembahan pada minggu tersebut.
BACA: Big Stage 2022: 'Ajoi Zainal alami tekanan darah, degupan jantung tinggi'
Big Stage 2022: Ajoi mengaku tidak cukup rehat minggu lepas
6. This Is Siti Nurhaliza buat penonton tak senang duduk
Bukan sahaja dapat tonton peserta Big Stage 2022 membawakan lagu-lagu popular penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malah tuan empunya badan turut membuat persembahan pada malam tersebut sebelum melabuhkan tirai minggu kelima.
Kalau di pentas sahaja sudah meriah, cuba bayangkan mereka yang berada di rumah... pastinya lebih teruja.
7. Bukan satu tapi dua penyingkiran pada minggu suku akhir.
Sebenarnya ramai yang berteka-teki mengenai penyingkiran pada minggu ini.
Ada yang beranggapan tiada sebarang penyingkiran atau hanya satu sahaja peserta yang akan pulang.
Namun semua tekaan itu meleset apabila Syafiq Abdilah dan Megat Rahim adalah peserta yang harus meninggalkan pentas Big Stage 2022.
BACA: Big Stage 2022: Syafiq Abdilah, Megat Rahim tersingkir
8. Tokti tidak guna imuniti, Ajai selamatkan Tegar
Semua sedia maklum di mana dua juri tetap Big Stage 2022 mempunyai kelebihan untuk menyelamatkan peserta-peserta yang mempunyai potensi untuk meneruskan perjuangan mereka.
Dan pada minggu kelima, kita boleh lihat Ajai menggunakan imuniti tersebut kepada peserta dari Indonesia, Tegar Septian.
Namun, berbeza dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, beliau tidak menggunakan langsung kelebihan yang ada.
Tapi mengapa?
Ini jawapan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Big Stage 2022: Tak perlu guna imuniti untuk Elica sebab....
Siapa yang bakal menjuarai Big Stage 2022? Sama-sama kita nantikan.
Konsert akhir Big Stage 2022 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Ajai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Alif Satar sebagai juri tetap untuk musim kali ini.
Big Stage 2022 dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancar di saluran Astro Ria, Astro Ria HD serta Astro Go.
#BBNU #Big Stage 2022 #Aisha Retno #Datuk Seri Siti Nurhaliza