awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage 2022: Peserta tidak hadir atas faktor kesihatan, apa tindakan Astro?

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
14/02/2022
10:12 MYT
Big Stage 2022: Peserta tidak hadir atas faktor kesihatan, apa tindakan Astro?
Norzeha memberitahu, Danial telah diberi pengecualian daripada markah juri dan juga undian penonton pada minggu kedua yang bertemakan Hypebeat. Foto: Astro/ Azrul Rafie
PUTRAJAYA: KESIHATAN, sama ada mental mahupun fizikal merupakan elemen penting dalam diri setiap individu kerana ia menjadi faktor utama membolehkan seseorang itu bergerak dan berfungsi dengan sebaiknya.
Lebih-lebih lagi sejak tercetusnya pandemik COVID-19, pastinya kesihatan menjadi faktor paling dititikberatkan dalam melakukan atau merancang sebarang aktiviti yang melibatkan pihak lain atau orang ramai.
Seperti program realiti televisyen Big Stage 2022, yang memulakan acara dengan pelbagai cabaran kesihatan dalam kalangan para peserta.
Pada minggu pertama, Megat Rahim gagal tampil di pentas acara tersebut susulan tidak sihat diikuti Danial Chuer pada minggu kedua atas faktor yang sama.
Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh bagaimanapun memberi jaminan Danial Chuer masih lagi peserta Big Stage 2022 dan akan meneruskan perjuangannya pada minggu depan.
“Kami dimaklumkan Danial tidak sihat untuk membuat persembahan malam ini dan doktor minta supaya dia berehat. Jadi Danial akan meneruskan perjuangannya pada minggu yang ketiga,” katanya ketika ditemui selepas konsert Big Stage, malam tadi.
Dalam masa sama, Norzeha memberitahu, Danial telah diberi pengecualian daripada markah juri dan juga undian penonton pada minggu kedua yang bertemakan Hypebeat.
Big Stage 2022: Peserta wanita lebih menyerlah daripada peserta lelaki?
Kata beliau, pihak Astro akan cuba memperhalusi lagi kaedah baharu bagi memastikan perkara tersebut dapat diteruskan dengan lebih baik selain tidak mendatangkan sebarang masalah pada minggu-minggu seterusnya.
“Kita akan memperhalusi perkara ini secepat mungkin, lagi pun sudah masuk minggu ketiga, kita juga tidak mahu timbul rasa tidak puas hati daripada mana-mana pihak nanti,” ujar Norzeha.
Pada minggu kedua, Iqbal Zulkefli menjadi peserta pertama mengucapkan selamat tinggal selepas mendapat markah terendah daripada para juri dan penonton.
Program yang dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad itu bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama lapan minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Topic Berkaitan
#BBNU
#Big Stage 2022
#Danial Chuer
#Megat Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan