awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya...' - Amy Search

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2024
11:50 MYT
'Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya...' - Amy Search
Amy menegaskan dia tidak menghalalkan hasil royalti yang dirampas. - Foto Sinar Harian
"SAYA nak tanya pada Din dan Kid, mana royalti album Rockalogy kami yang mereka jual?"
Itu soalan yang diajukan vokalis kumpulan Search, Datuk Amy kepada pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid'Din Collection tanpa sebarang persetujuan mahupun perjanjian hitam putih.
Ujar Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, perbuatan itu bukan sahaja menunjukkan mereka tidak menghormati Search termasuk bekas pemain dram, Allahyarham Yazit, tetapi juga melanggar undang-undang.
"Itu (royalti) hak kami; hak anak isteri arwah Yazit, hak Nasir dan saya. Ketika mereka putuskan jual album Rockology Search, sekeping dokumen pun tidak ada.
"Sedangkan lagu yang diterbitkan dalam album itu kami mainkan bersama. Banyak benda yang mereka langgar dan mereka tidak menghormati kami walaupun mereka tahu apa yang mereka buat itu salah," katanya.
Amy, 66, berkata demikan ketika ditemui pada majlis Jamuan Hari Raya Go Search International yang diadakan di Villa Zamara, Sungai Penchala, pada Khamis.
Tambah Amy, lebih mendukacitakan apabila salah seorang rakan mereka memberitahu, Din pernah mengeluarkan kenyataan bahawa berapa jumlah royalti yang akan diberikan bergantung kepada ihsan mereka.
"Kalau ikutkan mereka sudah langgar Akta Hak Cipta. Kalau mereka nak bayar kami, berapa yang mereka akan bayar kerana satu dokumen pun tidak ada.
"Saya rasa terkilan kerana mereka tidak menghormati kami dan isu ini juga sudah lama. Seingat saya, sudah ada wartawan yang bertanya kepada mereka mengenai perkara ini dan mereka jawab akan selesaikan dengan kami.
"Tetapi sampai sekarang, tidak ada sebarang perkembangan. Apa yang mereka lakukan ini adalah sesuatu yang serius," tegasnya.
Kid dan Din - Foto Sinar Harian
Kid dan Din - Foto Sinar Harian
Ditanya adakah Search akan memulakan tindakan udang-undang, Amy berkata, perkara itu akan dibincang bersama peguam kelak.
"Apa yang mereka lakukan ini adalah contoh tidak baik. Kalau dulu kita berkempen soal isu cetak rompak, tapi hari ini rakan sendiri yang rompak hasil titik peluh bersama.
"Kalau tak tahu undang-undang dunia tak apa, tetapi ikut hukum (Islam)? Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang mereka lakukan.
"Saya juga tidak halalkan apa yang mereka buat. Itu hak anak-anak juga, sekarang saya masih hidup bolehlah saya bersuara. Bila saya tiada nanti, anak-anak saya perlu merempat jumpa mereka? Sedangkan anak isteri Yazit pun tak dapat satu sen, apatah lagi anak-anak saya," katanya.
Album Rockology Search: Kid'Din Collection Series dijual secara dalam talian sejak November 2021 dengan harga RM299. Ia mengandungi antaranya CD berkembar mengandungi 22 lagu Search yang dipilih sendiri oleh Din dan Kid.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Amy
#search
#Kid
#Din
#Rockology Search
#royalti
#Akta Hak Cipta
#Yazit
#Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan