awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miang Buluh Keladi Birah menang Anugerah P. Ramlee

Bernama
Bernama
07/06/2013
23:15 MYT
Miang Buluh Keladi Birah menang Anugerah P. Ramlee
Telefilem 'Miang Buluh Keladi Birah' arahan Badaruddin Azmi (Bade) diangkat sebagai karya terbaik majlis Anugerah P. Ramlee pada Jumaat.
Diinspirasikan daripada lagu 'Tanya Sama Hati' ciptaan seniman lagenda Tan Sri P. Ramlee, telefilem yang mengisahkan percintaan golongan muda di zaman moden yang penuh mencabar, membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.
Bade turut memenangi kategori Pengarah Terbaik untuk membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.
Bagi kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik disandang oleh Beto Kusyairy dan Sharifah Amani melalui telefilem 'Selagi Cinta Berzikir'.
Majlis anugerah, yang disiarkan secara langsung di TV1 dari Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Sementara itu, Anugerah Tokoh Lakon Melayu dianugerahkan kepada Datuk Aziz Satar dan Allahyarham S. Samsuddin bagi mengenang jasa mereka yang turut sama merancakkan industri seni tanah air bersama Allahyarham P. Ramlee satu masa dulu.
Antara barisan pelakon yang turut menerima anugerah ialah Mislina Mustafa (pelakon pembantu wanita terbaik); Hanis Kamal Bakar (pelakon pembantu lelaki terbaik); Marjan Hananie (skrip terbaik); Bob Fitri (videografi terbaik) dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (penampilan istimewa terbaik).
Anugerah P. Ramlee anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn Bhd tersebut julung kali diadakan bagi mengiktiraf 10 telefilem berdasarkan pengolahan daripada seni kata dan tajuk lagu Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee.
Pemilihan telefilem terbaik bagi Anugerah P.Ramlee daripada 10 telefilem yang disiarkan dalam slot 'Tribute P.Ramlee' di saluran TV1 dibuat melalui penilaian juri profesional dan pengundian penonton.
Sepuluh telefilem lain yang turut bertanding ialah Tunggu Sekejap arahan Along Kamaruddin; Getaran Jiwa (Michael Ang); Miang Buluh Keladi Birah (Bade Hj Azmi); Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Osman Ali); Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman); Jodoh Kita (Ismail Yaacob); Titisan Kasih (Rashid Sibir); Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah); Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima).
Topic Berkaitan
#Anugerah P. Ramlee
#bade
#Beto
#Miang Buluh Keladi Birah
#Sharifah Amani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan