awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle Yeoh simpan hasrat berkahwin

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2013
09:37 MYT
Michelle Yeoh simpan hasrat berkahwin
Datuk Michelle Yeoh tidak menafikan mempunyai hasrat untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Jean Todt namun menyatakan masih belum lagi membincangkannya secara serius.
Yeoh mula berpacaran dengan Presiden Federation International Of Automobile (FIA) itu sejak 2004.
“Sebenarnya kami ada memikirkan tentang perkahwinan, namun kami merasakan kerjaya masing-masing harus diutamakan buat masa ini”, kata Yeoh.
Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia itu ditemui semasa menerima anugerah khas “Kecemerlangan Dalam Lakonan” pada “Asian Film Awards” yang ke-7.
Dia menyifatkan pengiktirafan itu sesuai pada lokasinya iaitu di Hong Kong, tempat beliau mula-mula bergelar pelakon.
“Saya sangat gembira menerima anugerah ini, saya harap ini bukan petanda untuk saya bersara dari dunia lakonan”, katanya sambil bergurau.
Sementara itu, Yeoh menyatakan dia masih belum dimaklumkan tentang filem sambungan “Crouching Tiger Hidden Dragon” walapun turut mendengar spekulasi mengenainya.
“Saya sudah lama mendengar khabar angin ini, namun filem seperti itu memperuntukkan masa yang panjang terutamanya dalam penyediaan skrip. Bagaimanapun saya berbesar hati untuk terima sekiranya mendapat tawaran”, katanya dengan teruja.
Yeoh mencipta nama di Hollywood dengan filem James Bond, “Tomorrow Never Dies” sebelum membintangi “Crouching Tiger Hidden Dragon” yang tercalon dalam Oscar.
Topic Berkaitan
#Crouching Tiger Hidden Dragon
#Jean Todlt
#Michelle Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan