Kembali untuk tahun keenam, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini bersedia menerima kunjungan peminat dan pemain industri fesyen tempatan.
KLFW 2018 kali ini akan membawakan lebih 100 pereka fesyen yang bakal memperagakan koleksi ‘Ready-to-wear’ masing-masing bermula 8 sehingga 12 Ogos ini.
Berlangsung di lokasi rasmi pusat beli belah Pavillion, KLFW 2018 yang turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk tahun kedua.
Menurut pengasasnya, Andrew Tan, KLFW akan membariskan nama nama pereka baru dan terkemuka seperti Farah Khan, Rizman Ruzaini, Alia Bastaman, Fiziwoo, Mimpikita dan ramai lagi.
“Sepanjang enam tahun di dalam industri, kita telah lalui pelbagai cabaran, tetapi itu tidak menjadikan ia sebagai satu beban untuk terus melangkah mencapai impian bagi mengembangkan KLFW sebagai satu platform berpengaruh buat industri fesyen Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya yang temui di majlis perlancaran KLFW 2018 yang diadakan di ibu negara pada Rabu.
Antara yang menarik yang akan disajikan nanti adalah sambutan 10 tahun jenama Mimpikita akan diadakan pada malam pembukaan KLFW 2018 dan sambutan ulangtahun ke 15 majalah Harper’s Bazaar bersama 15 pereka tempatan.
Astro Awani
Wed Jul 25 2018
Menurut pengasasnya, Andrew Tan, KLFW akan membariskan nama nama pereka baru dan terkemuka seperti Farah Khan, Rizman Ruzaini, Alia Bastaman, Fiziwoo, Mimpikita dan ramai lagi. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KLFW 2022 kembali untuk edisi kesepuluh bermula 17 Ogos
Edisi ke-10 KLFW itu bertujuan terus mengenal pasti penyelesaian dan menimbangkan cara untuk membantu industri fesyen Malaysia
KL Fashion Week 2020 secara dalam talian bermula esok sehingga 13 Nov
Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2020 akan dijayakan sepenuhnya secara digital bermula esok sehingga 13 November menerusi platform dalam talian.
Pentas KLFW kembali, fokus kepada pereka fesyen tanah air - Pengasas KLFW
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini kembali buat tahun ketujuh bagi meraikan bakat-bakat pereka fesyen Malaysia.
Kolaborasi 22 pereka fesyen tanah air dirai dalam The Wedding KL 2019
Acara ini diadakan sebagai penghormatan kepada pemain-pemain utama industri fesyen pengantin serta pereka fesyen yang baru menempa nama.
Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 berlangsung 8-12 Ogos ini
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini bersedia menerima kunjungan peminat dan pemain industri fesyen tempatan.
Minggu Fesyen KL 2017 bakal berlangsung 16-20 Ogos ini
Tahun ini merupakan tahun kelima KLFW mengumpulkan barisan pereka-pereka fesyen tempatan.
Minggu Fesyen Kuala Lumpur kembali buat kali ketiga
Kembali untuk kali ketiga, acara fesyen terkemuka negara dengan usaha sama Kementerian Pelancongan, KLFW fokus demi meningkatkan perniagaan fesyen dan industri runcit negara