awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Gold Dinar: Inisiatif Bursa Malaysia mudahkan pelaburan emas serendah RM10

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
19/12/2025
03:00 MYT
Bursa Gold Dinar: Inisiatif Bursa Malaysia mudahkan pelaburan emas serendah RM10
Setiap pelaburan dan pembelian di Bursa Gold Dinar dijamin dengan sandaran emas fizikal sebenar yang berkualiti tinggi (999.9) dan emas ini disimpan dengan selamat melalui custodial arrangement yang diaturkan oleh Bursa Malaysia.
KUALA LUMPUR: Bursa Gold Dinar, inisiatif Bursa Malaysia untuk mendemokrasikan pelaburan emas, membuka peluang kepada rakyat Malaysia memiliki emas dengan modal serendah RM10 melalui platform digital patuh Syariah yang disandar emas fizikal sebenar.

Ringkasan AI
  • Bursa Gold Dinar, inisiatif Bursa Malaysia untuk demokrasikan pelaburan emas, membolehkan rakyat miliki emas dengan modal serendah RM10 melalui platform digital patuh Syariah.
  • Harga emas meningkat 50% dalam setahun, mendorong minat pelabur global; kenaikan dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik dan pembelian besar-besaran oleh bank pusat.
  • Lebih 60% pengguna Bursa Gold Dinar berusia 18-39 tahun, mencerminkan minat generasi muda terhadap pelaburan digital; platform ini menawarkan kemudahan dan kawalan selia Bursa Malaysia.

Menurut Pemangku Pengarah Pasaran Modal Islam Bursa Malaysia, Noorsuriani Muhamed, inisiatif ini hadir tepat ketika emas terus menjadi tumpuan pelabur global.
“Dalam tempoh setahun, harga spot emas melonjak 50 peratus, mengatasi semua kelas aset utama.
"Malah, sepanjang sedekad, nilainya meningkat 250 peratus daripada AS$1,252 satu auns pada 2015 kepada lebih AS$4,000 tahun ini, dengan rekod tertinggi AS$4,381 pada Oktober,” katanya.
Beliau menjelaskan, kenaikan ini didorong oleh ketegangan geopolitik, jangkaan penurunan kadar faedah, serta pembelian besar-besaran oleh bank-bank pusat.
Bagi rakyat Malaysia, emas bukan sekadar aset pelaburan, tetapi sebahagian daripada budaya dan sejarah.
“Sejak dahulu, emas menjadi simbol kekayaan dan penyimpan nilai ketika waktu sukar. Jika dibandingkan, sekitar awal 2000-an harga emas hanya sekitar RM100 lebih untuk satu gram,” ujarnya.
Kini, trend pelaburan berubah seiring gaya hidup digital.
Data menunjukkan lebih 60 peratus pengguna Bursa Gold Dinar berusia antara 18 hingga 39 tahun, mencerminkan generasi muda yang semakin celik kewangan dan selesa dengan teknologi.
"Platform ini memudahkan orang ramai membeli emas bermula serendah RM10, sambil menawarkan kemudahan seperti pemberitahuan harga dan ruang dagangan sesama pengguna.
"Semua ini direka untuk menjadikan pengalaman pelaburan lebih mudah, fleksibel dan sesuai dengan gaya hidup digital masa kini," ujarnya dalam temu bual program Niaga AWANI pada Selasa.
Di sebalik kemudahan ini, Bursa Gold Dinar hadir dengan jaminan kawal selia Bursa Malaysia, sandaran emas fizikal berkualiti 999.9, dan pilihan untuk menebus emas sebenar.
Ia bukan sekadar aplikasi pelaburan, tetapi satu usaha untuk memastikan pelaburan emas lebih selamat, telus dan boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bursa Gold Dinar, sila muat turun aplikasi Bursa Gold Dinar di Google Playstore atau Apple Appstore.
Layari laman web rasmi https://bgd.bursamalaysia.com/ atau ikuti media sosial Bursa Malaysia.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Bursa Gold Dinar
#pelaburan emas digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan