DALAM diam, penyanyi rap terkenal, MK K-Clique dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita yang dikenali sebagai Siti Hajar.
Dakwaan itu mula timbul selepas seorang peminat melihat beberapa keping foto yang memperlihatkan MK beraya di rumah abang kepada wanita tersebut baru-baru ini.
Menerusi gambar yang dikirimkan oleh peminat itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengenakan busana bewarna merah hati sedondon dengan wanita tersebut.
Malah, salah satu foto memaparkan wanita berkenaan dilihat sedang menunjukkan cincin yang dipakai pada jarinya turut menjadi tular di laman sosial.
Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Instagram milik MK, dia memuat naik foto berukuran pasport dengan imej bersongkok, seolah-olah memberitahu sedang bersiap sedia menuju hari bahagia.
“Salam Jumaat, jika anda membaca ini, semoga Allah permudahkan segala urusan kita, menggantikan setiap ujian dengan ketenangan dan keamanan dengan nikmat-Nya. Amin,” tulisnya ringkas.
Rata-rata netizen termasuk kalangan selebriti antaranya pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi Nabila Razali mengucapkan tahniah kepada penyanyi kelahiran Sabah itu.
“Setinggi-tinggi tahniah mamatku. Barakallahufillkum,” komen Yusuf.
“Congratulations Muhammad Hairi,” tulis Nabila di ruang komen.
Terdahulu, MK mendedahkan sedang berkenalan rapat dengan Siti Hajar selain mengaku wanita itu merupakan seorang yang istimewa buat dirinya. - Gempak
Gempak
Sat May 20 2023
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengenakan busana bewarna merah hati sedondon dengan wanita tersebut. - Gempak
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Bapa mentua MK K-Clique meninggal dunia
Suami kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada malam Ahad.
'Kami dah macam keluarga' - MK mohon maaf jika jadi punca Tuju keluar K-Clique
MK memohon maaf kepada Tuju seandainya ada kesilapan yang dilakukan olehnya atau ahli kumpulan K-Clique.
Kehadiran MK K-Clique ke ceramah Ustaz Abdul Somad tarik perhatian netizen
Berhibur-hibur juga, soal agama tetap nombor satu...
MK K-Clique dedah hanya ambil masa 2 minggu rancang kahwin Siti Hajaar
MK K-Clique mendedahkan persiapan untuk mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar Syeikh Nordin hanya diambil dalam masa dua minggu sahaja.
MK K-Clique selamat bergelar suami Siti Hajaar
Tahniah buat MK K-Clique dan Siti Hajaar.
MK K-Clique sudah bertunang?
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengenakan busana bewarna merah hati sedondon dengan wanita tersebut.