Teater kecil yang diterbitkan oleh penggiat teater tempatan terus subur apabila ‘Teater Kompilasi Nam Ron’ yang diterbitkan oleh Rumah Anak Teater dipentaskan mulai 1 November lalu.
Jika di era-90an, teater kecil sebegini hanya dipentaskan di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MATICS, Jalan Ampang. Pementasan berskala kecil itu sentiasa dipenuhi penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.
Antara yang hebat termasuk Lantai T.Pinkie, Anugerah, Malam Haram, Kelas 2020, Jebat In English, Sungai Mengalir Lesu, Déjà vu dan banyak lagi.
Malangnya, teater konvensional sebegini semakin dilupakan apabila khalayak teater semakin dimanjakan dengan produksi teater muzikal yang lebih bersifat komersial.
Namun, ia tidak pernah mematahkan semangat penggiat teater sejati untuk terus mengabdikan diri mereka demi membangunkan teater tempatan.
Berbeza produksi teater muzikal yang mana naskhahnya lebih terarah kepada nilai komersial, cerita yang dipersembahkan oleh teater-teater konvensional ini lebih membawa kepada pembentukan jati diri bangsa yang mampu untuk memanusiakan manusia.
Teater Kompilasi Nam Ron berjaya menyunting tiga pelakon wanita ternama tanahair, Datin Sofia Jane, Vanidah Imran dan Sharifah Amani. Ketiga-tiga sosok popular itu pernah memegang gelaran Pelakon Wanita Terbaik, baik di layar perak mahu pun di skrin televisyen.
Dipendekkan cerita, ‘Teater Kompilasi Nam Ron” berkisar mengenai kecurangan, kekejaman dan seks yang sentiasa berlegar dalam dunia kaum Hawa.
Menariknya apabila ketiga-tiga naskhah itu ditulis oleh Nam Ron dalam tempoh sepuluh tahun, Aku Nak Jadi Bintang pada 2003, Laut Lebih Indah Dari Bulan (2006) dan terbaru ditulis bagi menyiapkan trilogi Laut Yang Tenang (2013).
Walaupun ditulis dalam jangka masa yang agak panjang, naskhah tersebut telah ditulis dengan baik dengan mengambil latar sosio kehidupan wanita Melayu dengan cukup tersusun dan penuh makna.
Pementasan terbahagi kepada tiga cerita, tentang Indah seorang gadis yang memasang impian untuk menjadi terkenal, kisah seorang peguam wanita yang mahu membela Laut, seorang lelaki yang berdepan dakwaan merogol dan membunuh dan Bulan, seorang isteri yang tertekan apabila suaminya didakwa merogol.
Terus terang saya akui, lakon Sofia Jane sebagai Bulan dalam naskhah ketiga sangat cemerlang. Pelakon filem Perempuan, Isteri Dan… itu berjaya membawakan watak seorang isteri yang tertekan akibat perlakuan suaminya yang didakwa merogol.
Sofia tidak memberikan apa yang sudah berada di dalam minda penonton sebaliknya memberikan elemen-elemen lakonan yang di luar jangkaan penonton. Perwatakannya di pentas dihidupkannya dari dalaman membuktikan kehebatan pelakon berpengalaman sepertinya.
Tidak menjadi suatu yang mustahil dengan kecemerlangan Sofia akan memungkinkannya diangkat sebagai Pelakon Terbaik di BOH Cameronian Arts Awards tahun hadapan. Itu pandangan saya berdasarkan penilaian pementasan-pementasan setakat ini untuk tahun 2013.
Dalam naskhah kedua, Laut Yang Tenang pelakon Vanidah Imran tampil digandingkan dengan Aqasha.
Saya sedar, nashkah tersebut merupakan naskhah yang paling muda ditulis. Walaupun bersandarkan nashkah yang kurang masak, persembahan lakonan Vanidah dan Aqasha seakan menyelamatkan keseluruhan persembahan.
Ketegangan dan ketenangan pada setiap watak dapat dilihat pada lakonan mereka. Melengkap keseluruhan persembahan adalah penataan cahaya yang sempurna dalam mewujudkan ruang keterasingan dan jarak bagi menyampaikan maksud naskhah tersebut. Gelora dalam emosi masing-masing dikawal dengan baik.
Manakala dalam nashkah pertama yang dilakonkan oleh Sharifah Amani, watak Indah menjadi perhatian penonton paling utama apabila dia perlu membawa penonton ke dalam hidup subjek utama trilogi tersebut.
Indah ialah penyebab kepada berlakunya pembunuhan tersebut yang terkait dengan Laut, suami Bulan.
Secara jujur, pelakon Sharifah Amani telah terlalu dimanjakan dengan televisyen dan filem. Apabila di ruang pentas yang mana keseluruhan tubuhnya perlu bergerak dengan serasi untuk menyampaikan isi cerita tersebut, Amani kelihatan agak kekok.
Pastinya, jika tempoh latihan dipanjangkan lakonan Amani akan dapat diperbaiki. Dalam tempoh 15 minit bermonolog, Amani bertanggungjawab besar untuk menarik perhatian penonton seawal saat pertama kemunculannya.
Namun, karisma pada wajah Indah berjaya menutup kelemahan tersebut selain penataan cahaya yang cukup sifatnya. Ia satu pengalaman paling berharga buat Amani yang telah lama meninggalkan pentas teater untuk kembali menjinakkan dirinya dengan kraf lakon pentas.
Garapan Nam Ron pada nashkah ini lebih bertumpu kepada aspek lakonan yang memerlukan keupayaan tinggi seseorang pelakon untuk berlakon secara bermonolog.
Dari segi itu, saya kira Nam Ron telah berjaya dalam tanggungjawabnya sebagai pengarah. Bukan sekadar melontarkan monolog mereka, pelakon juga telah dilatih untuk mencipta lakonan fizikal yang bukan calang-calang pelakon boleh melakukannya.
Tugas utama Nam Ron usai pementasan adalah menyiapkan resepi terbaik untuknya menyempurnakan nashkah kedua supaya lebih menyelerakan.
Sewaktu sidang media sejurus selesai pementasan, saya tertarik dengan jawapan Vanidah yang mana dia sebagai pelakon rindukan proses mempersiapkan dirinya sebagai pelakon untuk membintangi teater di atas pentas arena.
“Bukan selalu dapat peluang untuk berlakon di atas pentas yang dikelilingi penonton seperti ini. Saya rindukan teater pada era 90an. Walaupun teater tersebut kecil tetapi tenaga yang diserap daripada penonton yang memenuhi setiap sudut panggung sangat besar.”
Malangnya, hanya beberapa penerbit teater sahaja yang sanggup mempertaruhkan wang ringgit dan keringat mereka untuk menerbitkan pementasan berkualiti sebegini.
Selain Rumah Anak Teater, produksi Five Arts Centre, Revolution Stage dan Paradoks Production dan beberapa lagi.
Mereka antara produksi yang mampu mengangkat isu-isu besar, tanpa dendangan muzikal dengan hanya berbekalkan kecemerlangan seseorang pelakon di pentas teater.
Teater Kompilasi Nam Ron kali ini mengenengahkan isu yang agak tabu kepada masyarakat menyebabkan penonton dihadkan kepada khalayak yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.
"Teater Kompilasi Nam Ron" dipentaskan di DPAC, Damansara Perdana sehingga 3 November dengan harga tiket RM50 dan RM80 sahaja.
Muzaffar Mustapa
Sun Nov 03 2013
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Pekerja seni harus hormati karyanya - Nam Ron
Tatakelakuan ini ke arah memastikan para pekerja profesional industri menunjukkan integriti, sikap dan saling menghormati dan tingkah laku yang sopan.
Filem 'Crossroad: One Two Jaga' menang pengarah terbaik, pelakon pembantu terbaik AIFFA
Filem 'Crossroad: One Two Jaga'merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) di sini malam tadi.
Selepas raih trofi Filem Terbaik FFM30, One Two Jaga ditayangkan semula!
Siapa yang belum tengok, ini la masanya ..
One Two Jaga dinobat Filem Terbaik FFM30
Kejayaan One Two Jaga juga berjaya menumpaskan empat calon akhir lain iaitu Paskal The Movie, Guang, Dukun dan Vedigundu Pasangge.
Jawab dalam Bahasa Melayu di New York, Nam Ron dapat pujian
Ramai memuji pelakon dan pengarah filem Nam Ron kerana menggunakan bahasa kebangsaan untuk menjawab pertanyaan dari moderator di New York.
Rakan, peminat tidak rela melihat Nam Ron tinggalkan dunia seni
Luahan hati Nam Ron yang kecewa dengan dunia seni di Facebook mendapat perhatian rakan industri seni dan para peminat.
Nam Ron bawa nashkah Laut Lebih Indah Dari Bulan ke Esplanade
Teater arahan Nam Ron turut mendominasi senarai pencalonan apabila menerima sembilan pencalonan di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11.
'Jalan Pintas' ke Festival Filem Asia Jogja-Netpac
Filem bajet rendah arahan Nam Ron, "Jalan Pintas" diundang ke "Festival Filem Asia Jogja-Netpac ke-8" yang bermula pada 29 November ini.
Ditolak LPF, Jalan Pintas dijemput ke festival filem Jogja-NETPAC
Filem Nam Ron "Jalan Pintas" bakal ditayangkan di Festival Filem Asia Jogja-NETPAC yang akan berlangsung pada 29 Nov hingga 7 Dis depan.
Monolog, naskhah berat buat Teater Kompilasi Nam Ron cemerlang
Karisma pelakon Sofia Jane, Vanidah Imran dan Sharifah Amani membuatkan pementasan 'Teater Kompilasi' sebuah pementasan yang cemerlang.