awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muatnaik ciapan provokasi, akaun media sosial Kanye West disekat

Faida Rahim
Faida Rahim
11/10/2022
04:10 MYT
Muatnaik ciapan provokasi, akaun media sosial Kanye West disekat
Akaun Twitter Ye masih aktif ketika ini tetapi tidak boleh memuatnaik sebarang ciapan sehingga tarikh penggantungan tamat. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Gara-gara memuatnaik hantaran serta ciapan yang berisiko mencetuskan provokasi berulang kali, akaun Twitter dan Instagram penyanyi rap terkenal akhirnya disekat.
Memetik laporan Arab News, wakil jurucakap gergasi media sosial itu memaklumkan Kanye West yang kini dikenali sebagai Ye, memuatnaik ciapan yang melanggar dasar syarikat.
Menerusi ciapan sama, Kanye yang berang menulis "Kalian ‘bermain’ dengan saya dan cuba memukul sesiapa sahaja yang menentang agenda anda."
Di bawah dasar syarikat rangkaian sosial ini, pihak mereka sama sekali melarang pengunaan bahasa yang menyinggung perasaan.
Awal bulan ini, Ye dikritik kerana memakai baju bertulis "White Lives Matter" di Minggu Fesyen Paris.
Dalam masa sama, penyanyi Rap Sean "Diddy" Combs memuatnaik sebuah video di Instagram menyelar tindakan Ye dan menggesa orang ramai untuk tidak membelinya.
Sementara itu, akaun Twitter Ye masih aktif ketika ini tetapi tidak boleh memuatnaik sebarang ciapan sehingga tarikh penggantungan tamat.
Dalam pada itu, jutawan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, yang memperbaharui tawarannya bernilai AS$44 bilion (RM204 billion) membeli Twitter berikutan pertikaian perundangan yang berlarutan selama berbulan-bulan ‘menyambut’ kepulangan Ye ke Twitter dengan tweet,
"Selamat kembali ke Twitter, kawan saya."
Musk berkata beliau akan menjadikan Twitter sebagai tempat kebebasan bersuara dan melonggarkan sekatan jika beliau mengambil alih syarikat media sosial itu kelak.
Topic Berkaitan
#Kanye West
#media sosial
#Twitter
#Elon Musk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan