awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najwa Mahiaddin mahu kongsi muzik sehingga ke Eropah

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
24/01/2019
00:53 MYT
Najwa Mahiaddin mahu kongsi muzik sehingga ke Eropah
Njwa (kiri) dan Zee Avi bakal menghiburkan peminat pada satu konsert di ibu negara pada Mac. - Astro AWANI
Cintanya terhadap nyanyian tidak pernah luntur.
Bahkan, penyanyi bersuara lunak ini, Najwa Mahiaddin sudah pun mencongak perjalanan kariernya dalam mempromosikan gabungan muzik Melayu tradisional sehingga ke benua Eropah.
Tidak mahu adunan muziknya hanya didengari peminat di Malaysia, Najwa atau Njwa mahu eksperimen itu sampai ke jiwa setiap penggemar muzik, sekali gus membawa budaya Melayu ke seluruh dunia.
“Ini impian peribadi saya. Mahu karya saya dirasai oleh penggemar muzik di merata tempat. Saya bermula dengan langkah kecil iaitu ke Jepun dan Bali, Indonesia pada tahun lalu. Jadi, tahun ini saya berharap untuk ke Eropah.
“Muzik yang saya cuba eksperimen sekarang ini ialah gabungan tradisional dan Melayu. Jadi, sudah tentu karya itu mahu saya kongsi dengan seberapa ramai peminat,” katanya.
BACA: Najwa Mahiaddin 'berteka-teki' di media sosial
Njwa ditemui pada sidang akhbar Konsert Zee Avi + Njwa baru-baru ini sempena Hari Wanita Sedunia yang bakal diadakan pada Mac depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Gandingan sulung Zee Avi dan Njwa dijangka mampu memberi impak luar biasa memandangkan kedua-duanya bukanlah nama yang asing dalam mengalunkan muzik mereka sehingga ke pentas antarabangsa.
BACA: 'Allah lebih mengetahui', tweet Najwa sejurus bapa digugurkan
Selain impian peribadinya itu, Njwa mengakui bakal melancarkan single baharunya dalam masa terdekat.
“Kalau semuanya berjalan lancar, single saya akan dilancarkan sebelum konsert dan akan saya nyanyikan lagunya dalam persembahan bersama Zee Avi.
“Dan saya juga bercadang untuk melancarkan album dalam tahun ini,” katanya.
TONTON: Najwa Mahiaddin lancar single 'After The Rain'
Mengulas tentang konsert itu, Njwa mengakui ia sesuatu yang mengujakannya lebih-lebih lagi ia diadakan bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.
Wanita berusia 33 tahun itu kini sedang dalam proses memilih lagu selain perancangan melibatkan perbincangan bersama kru produksi.
Topic Berkaitan
#eropah
#hari wanita
#konsert
#Melayu
#muzik
#najwa muaiddin
#NJWA
#PWTC
#tradisional
#Zee Avi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan