KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura mengakui terkejut apabila namanya menjadi trending nombor satu di platform media sosial Twitter semalam.
Kata Fazura, dia sendiri tidak mengetahui puncanya sehingga dimaklumkan oleh teman-teman mengenainya dan kemudian memeriksanya sendiri.
“Sejujurnya, semalam seharian saya cuti dan memang sibuk menjaga Fatima di rumah dan tidak tengok sangat telefon.
“Saya terkejut bila diberitahu nama saya trending di Twitter,” katanya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis meraikan anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih di Suria Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.
Majlis yang mendapat kerjasama baik daripada penaja utama, syarikat Bata Malaysia itu adalah sempena meraikan anak-anak yatim tersebut menerusi persiapan sambutan hari raya tidak lama lagi.
Semalam, isu yang melanda selebriti terkenal, Neelofa secara tidak langsung menyebabkan nama Fazura sohor di laman Twitter hari ini.
Ciapan Fazura di Twitter mengenai lemang menjadi trending apabila menerima ulang ciap lebih 25,700 kali oleh pengguna media sosial tersebut.
“Saya ingat ciapan mengenai lemang yang dimuat naik semalam yang menjadi puncanya. Saya fikir adakah saya salah bual mengenai lemang itu atau salah taip ayatnya.
“Tapi semalam, memang saya teringin nak makan lemang lemak-lemak masin. Itu makanan kegemaran saya,” katanya.
“Saya memang tak baca pasal perkara lain. Awalnya memang saya fikir orang jadikan saya bahan jenaka sebab ciapan lemang, itu saja,” katanya.
Nama Fazura trending bukan disebabkan sebarang kontroversi tetapi berkaitan tindakan netizen yang berang dengan kadar hukuman diterima Neelofa akibat melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Selain itu, mereka juga tidak berpuas hati dengan hantaran Neelofa yang menyatakan bahawa dia mahu menjamah burger sebagai hidangan moreh walaupun posting itu telah pun dipadamkan.
Layari gempak.com untuk lebih banyak perkembangan dunia hiburan tempatan dan antarabangsa.
Gempak
Wed Apr 28 2021
Fazura tidak mengetahui puncanya sehingga dimaklumkan oleh teman-teman mengenainya dan kemudian memeriksanya sendiri. - Foto/Instagram/@missfazura
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
'Saya serahkan kepada peguam' - Fattah Amin terima surat saman dari Fazura
Selebriti Fattah Amin mengesahkan sudah menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung kenyataan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.
'Kesian Fatima, dia nak kawan' - Nur Fazura tak tolak rezeki jika dikurnia anak kedua
Fazura berkongsi dia juga turut berasa kasihan melihat anak sulungnya, Nur Fatima Aisya yang menginginkan seorang kawan.
"Harap ia bawa ketenangan" - Fattah Amin lancar 5 Zikir
Fattah Amin melancarkan lima lagu zikir eksklusif sempena kedatangan bulan Ramadan yang boleh didapati menerusi aplikasi Mukmin Pro.
Nama tiba-tiba 'trending', Fazura terkejut!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura mengakui terkejut apabila namanya menjadi trending nombor satu di platform media sosial Twitter semalam.
Pernah berlakon bersama, Que Haidar & Fazura sedih pemergian Ashraf Sinclair
Menurut Que, dia dan arwah Ashraf pernah bersama-sama bekerjasama dalam "Gol & Gincu The Series."
"Tuhan jauhkan golongan talam dua muka... Tak ikhlas" - Nur Fazura kongsi tip bahagiakan diri
Mari jauhkan diri dari perkara negatif...
Kejam! Selebriti kecam lelaki tembak monyet gara-gara tak sebut 'Baby Sayang'
Tindakan seorang individu yang membunuh seekor monyet dengan cara menembaknya tular di media sosial sejak semalam.
"Saya pendek model tinggi" - Ini sebab Fazura buat finale 'runaway' ala-ala Dries Van Noten
Pelakon Nur Fazura mengakui dia mengambil inspirasi finale pertunjukan fesyen pereka antarabangsa, Dries Van Noten untuk dipersembahkan pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
'Saya buka tudung selepas Ramadan kerana...' - Fazura
Pelakon dan penyanyi Nur Fazura kembali membuka tudung selepas berhijab selama lebih sebulan pada Ramadan lalu.
'Itu bukan baby bump' - Fazura nafi hamil
Pelakon Nur Fazura, menepis dakwaan bahawa dia kini sedang hamil selepas sekeping foto yang dikatakan menampakkan perubahan pada bahagian perutnya menjadi tular.