Drama popular My Famous Ex Boyfriend sudah memasuki episod ke-16 dan menariknya naskhah itu buat pertama kalinya menyaksikan penyanyi Hael Husaini berlakon.
Biarpun baru saja melangkahkan kaki ke persada lakonan, Hael mendapat pujian dan komen positif daripada peminat serta wargamaya.
"Scene betul-betul terkesan. You did very well Hael.
"Sedih betul tengok Haque malam ni. Jadi kesian pula, menjadi ye menangis tu. Tahniah Hael.
"Episod hari ni dan semalam paling hebat lakonan Hael. Amazing," tulis beberapa pengguna di media sosial.
Drama My Famous Ex Boyfriend arahan Hadith Omar itu menyaksikan Hael memegang watak sebagai Haque Zuhal, merupakan seorang "superstar".
Meski pada awalnya watak tersebut menerima kecaman dari netizen dek kerana sikap Haque yang pentingkan populariti diri, sehingga menghancurkan hidup bekas kekasihnya Sameera, lakonan Qasrina Karim.
Rival antara watak Jamie yang dimainkan oleh Nadhir Nasar telah menambahkan lagi ketegangan hubungan cinta tiga segi dalam drama ini.
Kehebatan Hael dalam My Famous Ex Boyfriend membuktikan dirinya bukan pelakon kayu seperti diperkatakan sebelum ini.
My famous Ex-Boyfriend telah disiarkan mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) atau strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Sinopsis My Famous Ex Boyfriend
Mengisahkan kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak ketika remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak ditawarkan untuk menjadi seorang artis popular dengan nama Haque Zuhal.
Populariti Haque mengakibatkan keretakan hubungan mereka sehingga membuat kehidupan Sameera penuh dengan cabaran dan rintangan yang diterima oleh pengikut-pengikut media sosial.
Sukar buat Sameera untuk melupakan cinta pertamanya sehingga dia bertemu dengan Jamie yang berkongsi peristiwa silam yang sama.
Tanpa diketahuinya, Jamie merupakan seorang duda yang digelar sebagai “Suami Dari Neraka”. - Gempak
Gempak
Tue Nov 21 2023
Drama My Famous Ex Boyfriend arahan Hadith Omar itu menyaksikan Hael memegang watak sebagai Haque Zuhal, merupakan seorang "superstar". - Gambar Gempak
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Netizen puji lakonan Hael Husaini dalam My Famous Ex Boyfriend
Drama popular My Famous Ex Boyfriend sudah memasuki episod ke-16 dan menariknya naskhah itu buat pertama kalinya menyaksikan penyanyi Hael Husaini berlakon.