Selepas konsert jelajah bersama Backstreet Boys tahun lalu, New Kids on the Block ingin terus menghiburkan peminat mereka.

Kali ini, mereka memilih untuk menjelajah bersama kumpulan 98 Degrees dan Boyz II Men.

Jelajah akan bermula di Uncasville, Connecticut pada 31 Mei depan.

Selain mengumumkan tarikh konsert jelajah, kumpulan itu akan melancarkan album baru mereka, "10" pada 2 April.

New Kids on the Block dianggotai Jordan Knight, Jonathan Knight, Joey Mcintyre, Donnie Wahlberg dan Danny Wood.

Ditubuhkan pada 1984, album mereka sudah terjual lebih 80 juta unit di seluruh dunia dan pernah memenangi dua anugerah "American Music".

Berpecah pada 1994, mereka bergabung semula pada 2007 untuk merakamkan album baru "The Block".

Bersama kumpulan Backstreet Boys, mereka akan menerima tapak bintang "Hollywood Walk of Fame" tahun ini.