awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Noraniza Idris, L'Zzay lancarkan single 'MohonTerasa'

Gempak
Gempak
01/05/2016
08:40 MYT
Noraniza Idris, L'Zzay lancarkan single 'MohonTerasa'
Lagu yang menggandingkan Noraniza dan L'Zzay ini menjalinkan elemen R&B dan irama zapin. - Foto Astro Gempak
SELEPAS kejayaan single Joget Selfie Raya yang menjadi fenomena ketika sambutan Aidilfitri tahun lepas, penyanyi baharu, L’Zzay kini kembali dengan single yang diberi judul #MohonTerasa.
Dengan minat yang mendalam terhadap irama tradisional sejak di bangku sekolah, dia telah menghasilkan sebuah lagu yang menggabungkan elemen R&B dan irama zapin bersama produser muda berbakat besar, Rudy Abdul Halim.
Apa yang menarik mengenai single ini, L’Zzay telah mempelawa Ratu Pop Etnik Malaysia, Noraniza Idris untuk turut bekerjasama dalam pembikinan lagu tersebut.
Dihiasi dengan lirik berunsur nasihat serta sindiran secara lembut yang dicipta sendiri oleh L’Zzay bersama penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, lagu ini membawa maksud bibit-bibit dan kelakuan muda-mudi zaman sekarang yang ingin bercinta dan sedang hangat berkasih.
Dengan gandingan idea, suara dan penyampaian yang berbeza, lagu ini dijangka dapat menambat hati peminat muzik tempatan.
Topic Berkaitan
#Kak Ani
#L'zzay
#Mohon Terasa
#Noraniza Idris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan