BAHANG Anugerah Academy (Oscars) ke-95 semakin sampai ke kemuncaknya, ketika 'bahang' perit di pipi Chris Rock yang ditampar Will Smith dalam edisi lalu masih 'terasa'.
Anugerah berprestij itu, yang menghimpunkan nama-nama besar dalam industri hiburan dunia akan berlangsung pada 12 Mac di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Kini, semua peminat hiburan dari seluruh dunia tidak sabar menanti pemenang trofi Oscars 2023, termasuk jutaan pemerhati seni dari rantau sebelah Timur yang kini sedang berlangsung.
Di Malaysia, pencinta seni turut akan 'menumpang' gembira dan debar apabila pelakon Hollywood kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.
Sekiranya itu menjadi kenyataan, bintang asal kelahiran di Ipoh itu akan menjadi wanita bukan kulit putih pertama yang memenangi kategori itu selepas selang masa dua dekad, sejak Halle Berry memenanginya pada tahun 2002.
Tumpuan juga pasti berpusat pada nama-nama besar dalam pencalonan tahun ini, seperti saingan Michelle Yeoh untuk kategori itu, Cate Blanchett dari filem Tar; aktor Brendan Fraser dengan watak ikoniknya dalam The Whale; Kerry Condon (The Banshees of Inisherin); Austin Butler (Elvis); dan ramai lagi.
Kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik juga dinanti-nanti akan pengumuman pemenangnya. Mampukah filem Everything Everywhere All at Once mengaut kejayaan besar pada edisi kali ini memandangkan tercalon dalam 11 kategori?
Anugerah Academy ke-95 akan disiarkan secara langsung di televisyen pada 13 Mac di saluran Showcase Movies (Astro 413). Acara karpet merah bermula jam 6.30 pagi, manakala Oscars 2023 bermula pada jam 8 pagi.
BERIKUT SENARAI PENUH PENCALONAN OSCARS KE-95:
Filem Terbaik
"Everything Everywhere All At Once"
"All Quiet on the Western Front"
"Avatar: The Way of Water"
"The Banshees of Inisherin"
"Elvis"
"The Fabelmans"
"Tár"
"Top Gun: Maverick"
"Triangle of Sadness"
"Women Talking"
Pelakon Utama Lelaki
Austin Butler, “Elvis”
Colin Farrell, “The Banshees of Inisherin”
Brendan Fraser, “The Whale”
Paul Mescal, “Aftersun”
Bill Nighy, “Living”
Pelakon Utama Wanita
Cate Blanchett, “Tár”
Ana de Armas, “Blonde”
Andrea Riseborough, “To Leslie”
Michelle Williams, “The Fabelmans”
Michelle Yeoh, “Everything Everywhere All at Once”
Pengarah Terbaik
Martin McDonagh, “The Banshees of Inisherin”
Daniel Scheinert and Daniel Kwan, “Everything Everywhere All at Once”
Steven Spielberg, “The Fabelmans”
Todd Field, “Tár”
Ruben Ostlund, “Triangle of Sadness”
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Brendan Gleeson, “The Banshees of Inisherin”
Brian Tyree Henry, “Causeway”
Judd Hirsch, “The Fabelmans”
Barry Keoghan, “The Banshees of Inisherin”
Ke Huy Quan, “Everything Everywhere All at Once”
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Angela Bassett, “Black Panther: Wakanda Forever”
Hong Chau, “The Whale”
Kerry Condon, “The Banshees of Inisherin”
Jamie Lee Curtis, “Everything Everywhere All at Once”
Stephanie Hsu, “Everything Everywhere All at Once”
Filem Cereka Antarabangsa Terbaik
“All Quiet on the Western Front,” Germany
“Argentina, 1985,” Argentina
“Close,” Belgium
“EO,” Poland
“The Quiet Girl,” Ireland
Dokumentari Pendek Terbaik
“The Elephant Whisperers”
“Haulout”
“How Do You Measure a Year?”
“The Martha Mitchell Effect”
“Stranger at the Gate”
Dokumentari Cereka Terbaik
“All That Breathes”
“All the Beauty and the Bloodshed”
“Fire of Love”
“A House Made of Splinters”
“Navalny”
Lagu Asal Terbaik
“Applause” from “Tell It like a Woman”
“Hold My Hand” from “Top Gun: Maverick”
“Lift Me Up” from “Black Panther: Wakanda Forever”
“Naatu Naatu” from “RRR”
“This Is A Life” from “Everything Everywhere All at Once”
Filem Animasi Terbaik
“Guillermo del Toro’s Pinocchio”
“Marcel the Shell With Shoes On”
“Puss in Boots: The Last Wish”
“The Sea Beast”
“Turning Red”
Lakon Layar Adaptasi Terbaik
“All Quiet on the Western Front”
“Glass Onion: A Knives Out Mystery”
“Living”
“Top Gun: Maverick”
“Women Talking”
Lakon Layar Asal Terbaik
“The Banshees of Inisherin”
“Everything Everywhere All at Once”
“The Fabelmans”
“Tár”
“Triangle of Sadness”
Rekaan Produksi Terbaik
“All Quiet on the Western Front”
“Avatar: The Way of Water”
“Babylon”
“Elvis”
“The Fabelmans”
Sinematografi Terbaik
“All Quiet on the Western Front”
“Bardo, False Chronicle of a Handful of Truths”
“Elvis”
“Empire of Light”
“Tár”
Rekaan Kostum Terbaik
“Babylon”
“Black Panther: Wakanda Forever”
“Elvis”
“Everything Everywhere All at Once”
“Mrs. Harris Goes to Paris”
Bunyi Terbaik
“All Quiet on the Western Front”
“Avatar: The Way of Water”
“The Batman”
“Elvis”
“Top Gun: Maverick”
Filem Animasi Pendek Terbaik
“The Boy, the Mole, the Fox and the Horse”
“The Flying Sailor”
“Ice Merchants”
“My Year of Dicks”
“An Ostrich Told Me the World Is Fake and I Think I Believe It”
Filem Pendek Aksi Terbaik
“An Irish Goodbye”
“Ivalu”
“Le Pupille”
“Night Ride”
“The Red Suitcase”
Skor Muzik Asal Terbaik
“All Quiet on the Western Front”
“Babylon”
“The Banshees of Inisherin”
“Everything Everywhere All at Once”
“The Fabelmans”
“All Quiet on the Western Front”
“Avatar: The Way of Water”
“The Batman”
“Black Panther: Wakanda Forever”
“Top Gun: Maverick”
Suntingan Filem Terbaik
“The Banshees of Inisherin”
“Elvis”
“Everything Everywhere All at Once”
“Tár”
“Top Gun: Maverick”
“All Quiet on the Western Front”
“The Batman”
“Black Panther: Wakanda Forever”
“Elvis”
“The Whale”
Kesan Visual Terbaik
“All Quiet on the Western Front”
“Avatar: The Way of Water”
“The Batman”
“Black Panther: Wakanda Forever”
“Top Gun: Maverick”
Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik
“All Quiet on the Western Front”
“The Batman”
“Black Panther: Wakanda Forever”
“Elvis”
“The Whale”
Astro Awani
Sun Mar 12 2023
Di Malaysia, pencinta seni turut akan 'menumpang' gembira dan debar selepas pelakon Hollywood kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik. - Foto/IG Michelle Yeoh
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Oscars 2023: Adakah Michelle Yeoh bakal julang trofi? Ini senarai penuh pencalonan
Kini, semua peminat hiburan dari seluruh dunia tidak sabar menanti pemenang trofi Oscar 2023.